Tip Pilih Makanan Untuk Kekal Cergas Sepanjang Bulan Ramadan

Sedar tak sedar, hanya tinggal beberapa hari sahaja untuk kita umat Islam menyambut bulan Ramadan yang dijangkakan akan bermula pada Isnin minggu hadapan. Menjadi tanggungjawab dan kewajiban bagi umat Islam untuk menunaikan rukun Islam ketiga ini, iaitu berpuasa di bulan Ramadan.

Menurut Pengurus Jabatan Dietetik dan Pemakanan, Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), Nurul Aziah Musa, makanan yang diambil semasa bulan Ramadan adalah sangat penting kerana ianya akan menentukan tahap kesihatan kita sepanjang bulan dan memberikan impak terhadap fizikal dan rohani.

Oleh itu, ada beberapa cadangan menu sahur yang boleh anda cuba supaya kekal bertenaga dan cergas walaupun di bulan Ramadan.

1. Perbanyakkan makan makanan sunnah

Penambahan makanan sunnah dalam diet bulan Ramadan boleh memberikan khasiat yang diperlukan oleh tubuh. Antaranya ialah kurma, buah tin, delima, zaitun dan anggur. Kurma paling digalakkan kerana di dalam sebiji kurma, sumber seperti gula, serat, zat besi, kalium dan magnesium menjadikan ia sebagai hidangan lengkap.

Tip Pilih Makanan Bulan Ramadan

2. Makan makanan seimbang

Kalau anda jenis yang makan nasi, pastikan hidangan nasi anda diseimbangkan nutrisinya. Contoh, sayur sebnyak tapak tangan, karbohidrat sebesar satu penumbuk, buah-buahan satu penumbuk dan protein sebesar satu tapak tangan.

3. Elakkan makanan masin

Makan makanan masin semasa bersahur sebenarnya tidak elok, kerana kandungan garam akan menyebabkan kita terasa lebih dahaga. Sekiranya mahukan rasa masin, anda bolehlah perasakan makanan dengan limau, kulit kayu manis, bawang dan sebagainya sebagai ganti.

4. Air kosong

Pada bulan Ramadan, adalah sukar untuk melengkapkan jumlah pengambilan air kosong seperti yang disarankan, iaitu lapan hingga 10 gelas. Tetapi, anda boleh menggantikan dengan pengambilan buah-buahan dan sayuran-sayuran segar.

Atau anda boleh menukar rutin minum air kosong ketika waktu berbuka, sebelum sembahyang terawih, sebelum tidur, ketika bangun tidur dan semasa bersahur. Jika tidak dapat melengkapkan lapan hingga 10 gelas, sekurang-kurangnya cuba minum enam ke lapan gelas sehari.

Minum Air Sejuk
Sumber: NBC

5. Minum banyak jus buah-buahan

Minum jus buah-buahan segar boleh membantu dalam mencegah tubuh daripada mengalami dehidrasi pada bulan Ramadan. Kandungan nutrien seperti vitamin, potasium dan glukosa dapat memberikan bekalan tenaga kepada badan.

Dengan minum jus buah-buahan juga, rasa letih, penat dan mengantuk yang disebabkan oleh kekurangan air dalam badan boleh diatasi.

6. Elakkan minum kopi atau teh

Teh dan kopi merupakan minuman yang merangsang pengeluaran air kencing dan memberikan kesan deuratik kepada badan. Untuk mengelakkan hidrasi di bulan Ramadan, kurangkan pengambilan kopi dan teh serta gantikannya dengan jus buahan atau air kosong.

Tip Pilih Makanan Bulan Ramadan
Sumber: Hello Sehat

Dengan keadaan cuaca yang tidak menentu sekarang ini, penjagaan kesihatan tubuh badan amatlah penting. Terutamanya ketika bulan Ramadan ini. Untuk sentiasa kekal cergas dan bertenaga, makanan yang diambil perlulah dijaga supaya bulan Ramadan anda tidak disambut dengan rasa kelesuan.

Sumber: Utusan Online, MStar

Yummehh.!

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.