Pemandu Teksi Penuh Sampah Ugut Larikan Beg Kalau Tak Mahu Bayar Tambang

Anda pernah bayangkan tak naik kenderaan yang penuh dengan sampah sarap? Bukan kenderaan sendiri, tetapi servis kenderaan yang anda bayar seperti teksi, Grab atau bas?

Ini yang berlaku pada seorang wanita awal bulan lalu, apabila dipaksa menaiki teksi yang dipenuhi dengan sampah. Bukan sahaja di bahagian bonet, tetapi juga di bahagian dalam kereta.

Kebiasaannya beliau ke tempat kerja dengan menaiki motor dan turun di Stesen LRT Salak Selatan. Namun disebabkan membawa bagasi, beliau terpaksa menaiki teksi dan kebetulan pada ketika itu teksi dengan nombor plat HWE 7*** ada di situ.

Teksi Penuh Sampah

Apabila membuka bahagian bonet, beliau terkejut kawasan tersebut penuh dengan sampah dan membawa bagasinya ke tempat pemandu. Apabila memberitahu kawasan bonet penuh sampah, pemandu tersebut seakan tidak berpuas hati.

Teksi Penuh Sampah

Bila diberitahu mahu menaiki Grab, pemandu tersebut seakan mengugut dengan menyuruhnya membayar RM3 atas alasan wanita tersebut sudah membuka pintu teksinya. Jika tidak mahu bayar, bagasinya akan dilarikan.

Teksi Penuh Sampah

Disebabkan mahu cepat, wanita tersebut terpaksa juga menaiki teksi tersebut. Tetapi apabila berada dalam teksi tersebut, pemandu teksi mengeluarkan kata-kata kesat dan menguatkan volume radio apabila sedar beliau mahu merekodkan video.

Teksi Penuh Sampah

Sudah melakukan aduan pada pihak yang berkenaan, kes ini sedang disiasat oleh Jabatan Pengangkutan Jalan.

Untuk anda yang sering menggunakan kenderaan awam seperti bas, teksi atau Grab harapnya dapatlah berhati-hati supaya kejadian seperti ini tidak berlaku pada anda. Yang penting, pastikan ada bukti sama ada rakaman gambar atau suara bagi membuktikan kejadian tersebut.

Sumber: MStar

Cool!

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.