Baru-baru ini, sikap prihatin dan ringan untuk membantu rakyat Malaysia menjadi bualan dan perhatian seorang warga Amerika Syarikat.
CJ Werleman, seorang aktivis sosial menceritakan kisah anak perempuannya yang kehilangan kad debit semasa di KLIA. Selepas lebih 12 jam menunggu penerbangan seterusnya, anak perempuan beliau menyedari kehilangan kad debitnya.
Remaja berusia 18 tahun itu terus panik kerana tidak dapat membeli makanan sementara menunggu penerbangan seterusnya. Wajah muram remaja tersebut berjaya menarik perhatian seorang lelaki tempatan yang menegurnya.
Ok, so my 18 year old daughter is at Kuala Lumpur airport terminal – waiting for her connecting flight to see me.
She has a 12 hour lay over, but moments ago she lost her only debit card, so has no money for a meal or drink.
But then this kind Muslim man came along…. pic.twitter.com/VgOvKJBtAg
— CJ Werleman (@cjwerleman) April 29, 2019
Usaha CJ yang cuba untuk menghantar belanja kepada anaknya menemui jalan gagal; Western Union mengambil masa dua hari dan Apple Pay tidak menerima kad bank Australia. Jadi bantuan daripada lelaki tersbut amatlah beliau hargai.
CJ menyifatkan lelaki tersebut sebagai malaikat yang dihantar bagi membantu kesusahan anaknya turut memberikan dua bar coklat, sebotol air mineral, sedikit buah anggur, sandiwc dan wang bernilai RM50.
“Dia bertanyakan kepada saya sama ada saya percaya pada Tuhan, dan saya jawab ya. Lelaki tersebut kemudiannya menangis dan mengatakan bahawa Tuhan menghantar dia untuk menolongnya. Walaupun Tuhan tidak kelihatan, tapi Tuhan sentiasa ada.”
Walaupun bantuan yang lelaki tersebut berikan kecil sahaja, tetapi dalam situasi anaknya yang terdesak, CJ merasa ianya sangat bermakna dan bersyukur kerana masih ada yang prihatin.
Cool!
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.