Sering kita lihat orang yang mengamalkan diet pemakanan untuk mengurangkan berat badan, antara makanan yang mereka hindari ialah nasi. Tetapi, ada juga yang mengamalkan diet pemakanan tetap makan nasi namun masih boleh menurunkan berat badan.
Ia sebenarnya bergantung kepada pola makanan yang tepat. Berdasarkan kajian, lebih banyak makan nasi boleh membantu mencegah obesiti.
Penyelidik mendapati orang yang mengikuti diet pemakanan masyarakat Jepun atau Asian-style iaitu dengan memakan nasi kurang mendapat penyakit obesiti berbanding mereka yang tinggal di negara yang kurang mengamalkan nasi sebagai makanan ruji.
Ramai yang melakukan diet kurangkan pengambilan karbohidrat atau lebih tepat kurangkan pengambilan nasi sebagai strategi turunkan berat badan tetapi tiada pula kesan pengambilan nasi penyebab obesiti.
Para penyelidik mengira bahawa walaupun kenaikan sederhana dalam penggunaan beras sebanyak 50g sehari untuk setiap orang, dapat mengurangkan kelaziman obesiti di seluruh dunia sebanyak 1% (daripada 650 juta orang dewasa hingga 643.5 juta).

Kenyataan ini dikukuhkan oleh seorang profesor Jepun yang mengetuai penyelidikan itu berkata kadar obesiti rendah di negara-negara yang memakan nasi sebagai makanan ruji.
“Justeru, makanan Jepun atau diet makanan Asia berasaskan nasi boleh membantu mencegah masalah obesiti. Memandangkan peningkatan obesiti di seluruh dunia, makan lebih banyak nasi harus disyorkan untuk mencegah masalah obesiti walaupun di negara-negara Barat”.
Pengerusi Forum Obesiti Kebangsaan, Tam Fry berkata, sebenarnya sejak berabad dahulu penduduk di Asia Timur lebih langsing berbanding penduduk di negara Barat kerana pengambilan nasi sebagai makanan ruji.
Jadi, tidak perlu bersusah-payah elak memakan nasi jika mahu berdiet. Cumanya, pentingkan pengambilan makanan yang betul dan amalkan gaya hidup sihat.
Sumber: The Star
Meleleh air liur tengok daging grill.
#CubaRasa MakanLena: SeoulNami Korean BBQ
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.