Lombok Hab Baharu AirAsia Di Indonesia

Syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia telah melancarkan hab baharu mereka di kawasan pelancongan yang tidak asing bagi rakyat Malaysia iaitu di Pulau Lombok, Daerah Nusa Tenggara Barat Indonesia.

Hab Lombok baharu AirAsia ini adalah sebahagian daripada sokongan kepada usaha kerajaan Indonesia dan kementerian pelancongan untuk membangunkan Lombok sebagai salah satu daripada ’10 Bali baharu’.

Pelancaran hab baharu ini bukan sahaja memulihkan kembali sektor pelancongan Lombok (selepas dilanda beberapa siri gempa bumi sebelum ini) malah mengukuhkan jaringan hubungan domestik dan antarabangsa, menghasilkan peluang pekerjaan tempatan dan merangsang pertumbuhan sektor pelancongan Lombok.

AirAsia Lombok

“Dengan adanya dua pesawat berpangkalan di Lombok, pengumuman strategik hari ini mengesahkan komitmen AirAsia dalam menyokong pelancongan di Indonesia, terutama Lombok sebagai salah satu 10 Bali Baharu,” kata Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia.

Menerusi hab baharu tersebut, pesawat Airbus A320 AirAsia akan beroperasi bagi laluan Lombok ke Perth, Australia bermula 9 Jun nanti selain menghubungkan juga destinasi domestik seperti Jakarta, Yogyakarta dan Bali.

Lombok menjadi hab kelima AirAsia di Indonesia selepas Jakarta, Surabaya, Medan dan Bali. Sejak memulakan perkhidmatan dari Kuala Lumpur, Malaysia ke Lombok pada tahun 2012, AirAsia telah menerbangkan lebih daripada satu juta pelancong antarabangsa ke pulau tersebut.

AirAsia Lombok

Sumber: Newsroom AirAsia

 

Yang penting semuanya tepi laut. Pemandangan memang cantik.

5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.