AirAsia Tawar Tambang Rendah Untuk Penerbangan Lewat Malam Pulang Beraya

Dah beli tiket pulang beraya?

Jangan risau, untuk anda yang belum sempat membeli tiket pulang beraya cepat-cepat ambil peluang tawaran AirAsia ini.

AirAsia mengumumkan akan menambah penerbangan lewat malam dengan tambang rendah tetap bagi musim perayaan Pesta Menuai dan Hari Raya Aidilfitri.

Untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Alor Setar, Kota Bharu, Kuala Terengganu dan Johor Bahru, tambang yang dikenakan ialah bermula RM99. Manakala dari Semenanjung Malaysia ke Sarawak ialah RM149 dan RM199 ke Sabah.

AirAsia
Sumber: Skyscanner

Tambang ini dikenakan untuk perjalanan di antara 31 Mei dan 17 Jun 2019. Tambang rendah ini turut ditawarkan untuk laluan terpilih ke Sabah dan Sarawak bagi perjalanan 27 Mei dan 30 Mei 2019.

“Kami menyediakan lebih 115,000 buah tempat duduk tambahan dalam tempoh perayaan untuk tetamu kami bersiap sedia menyambut Pesta Menuai dan Hari Raya bersama orang yang tersayang.” – Tony Fernandes, Ketua Eksekutif Kumpulan AirAsia

Untuk anda yang pulang beraya dengan menggunakan laluan udara, diminta mendaftar masuk secara dalam talian dan mencetak pas masuk sendiri selain daripada tiba awal di lapangan terbang untuk mengelakkan kesesakan di pemeriksaan keselamatan serta kaunter daftar masuk yang sudah dijangka lebih awal.

Daftar masuk melalui web dan aplikasi mudah alih boleh dilakukan14 hari sebelum waktu pelepasan untuk semua penerbangan AirAsia. Untuk mereka yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor Bahru, anda digalakkan menggunakan perkhidmatan Fast Airport Clearance Experience System (FACES) untuk perjalanan yang lebih lancar yang mana pendaftarannya boleh dilakukan secara percuma di aplikasi mudah alih AirAsia.

Berikut merupakan jadual penerbangan lewat malam dengan tambang tetap AirAsia:

1. Semenanjung Malaysia

Penerbangan Murah AirAsia

2. Semenanjung Malaysia – Sarawak

Penerbangan Murah AirAsia

3. Semenanjung Malaysia – Sabah

Penerbangan Murah AirAsia

4. Semenanjung Malaysia – Sabah/Sarawak

Penerbangan Murah AirAsia

Jadi yang masih belum membeli tiket, jangan risau. Lawat sahaja laman web AirAsia.

Sumber: AirAsia

Sedapnya.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.