Penggemar burger pasti tidak asing dengan jenama burger gourmet Fuel Shack terutama bagi mereka yang menetap di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Fuel Shack bakal mengembangkan jenamanya ke luar negara mulai tahun 2019 ini dengan menyasarkan pasaran India, Indonesia dan Filipina sebagai tiga lokasi pengenalan.
Menurut Pengarah Francais dan Pembangunan Perniagaan, Fuel Shack akan membuka lima buah cawangan di India dengan tumpuan di wilayah Delhi dan Chennai selain masing-masing empat cawangan di Indonesia; Jakarta, Bali, Bandung dan Surabaya serta Filipina; Manila dan Mindanao.
“Dalam tempoh terdekat ini kami berusaha untuk membuka cawangan di Filipina dan ia dijangka mula beroperasi selewat-lewatnya suku ketiga tahun ini iaitu sebelum bermulanya acara sukan SEA di sana. Malah, syarikat mendapati pasaran halal di Filipina sangat besar dan wajar dimanfaatkan.”
Kataya lagi, trend bagi makanan segera seperti piza dan burger amat popular di sana, namun penawaran dalam segmen burger gourmet seperti yang ditawarkan oleh Fuel Shack agak kurang. Justeru, mereka yakin ada potensi baik untuk memperkenal jenama itu bagi penggemar di Filipina.

Syarikat burger gourmet itu menyasarkan, membuka sebanyak 20 buah cawangan baharu dengan sebahagiannya akan dibuka menerusi model perniagaan francais dan separuh lagi adalah korporat.
Fuel Shack akan membuka satu lagi cawangan di Pavilion Kuala Lumpur pada Ogos nanti. Kini turut memperluas perniagaannya bagi segmen sejuk beku dengan memperkenal patti daging dan ayam ke dalam pasaran tempatan.
Buat masa ini, Fuel Shack mempunyai sebanyak 20 buah cawangan termasuk di stesen minyak Shell yang tertumpu di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
Sumber: Kosmo
Cool!
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.