Ramadan bukanlah bulan yang menyuruh kita menahan diri daripada lapar dan dahaga sahaja, tetapi juga mengajar kita lebih mengawal diri, bersyukur dan memahami perasaan mereka yang kurang berkemampuan.
Sempena menyambut bulan mulia ini, beberapa restoran telah mengambil langkah memeriahkannya dengan mengadakan promosi hebat sepanjang bulan Ramadan.
1. Nando’s
Dengan harga bermula RM29.90, anda boleh dapat satu set makanan berserta dengan air (boleh refill). Terhad kepada dine-in sahaja, anda perlulah melakukan tempahan dengan cara walk-in, bayar makanan anda dan kembali 30 minit sebelum masa makan malam.
2. Marrybrown
Dengan combo keluarga serendah RM47, anda akan dapat lapan ketul ayam, dua kentang goreng saiz besar, sebotol air Fanta Strawberi dan enam biji kurma.
3. Tealive
Dengan mod pembayaran tanpa tunai e-dompet Touch ‘n Go, anda boleh dapatka satu cawan air Tealive dengan harga RM2.50 bermula 5 Mei sehingga 15 Jun.
4. McDonald’s
Muat turun aplikasi McDonald’s pada telefon bimbit anda dan nikmati 30 jenis tawaran hebat. Untuk setiap pembelian, anda hanya dibenarkan tebus satu tawaran. Jadi, pilih betul-betul kalau tak mahu menyesal.
5. Boost x KFC
Berganda-ganda jimat apabila anda bayar dengan menggunakan Boost di KFC! Dengan pembayaran serendah RM20, anda berpeluang untuk mendapatkan cashback bernilai RM5. Sah sehingga 31 May 2019, apa tunggu lagi?
Jadi, jangan risau kalau tak tahu nak makan mana atau berbuka apa bulan puasa ini. Pergi sahaja ke restoran-restoran di atas dan dapatkan penjimatan berganda!
Masa bulan puasa, Al Rawsha memang ramai orang.
Nasi Arab @Al Rawsha
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.