Resipi Tauhu Berlauk, Menu Ringan Dan Sihat

Nak makan sesuatu yang ringan sebagai kudapan? Tak nak yang terlalu kenyang dan tidak terlalu berat?

Tauhulah jawapannya.

Kaya dengan sumber protein, tauhu boleh menjadi booster kepada tenaga. Nak-nak pada bulan Ramadan, kan? Tapi macam bosan dan muak pula bila makan tauhu kosong. Apa kata kali ini ubah selera, kita ubah suai sedikit menu tauhu menjadi tauhu berlauk.

Bahan kisar halus:

*2 ketul isi ayam
*4 keping tauhu
*2 biji tauhu
*2 paket tauhu telur

Bahan hiris:

*2 tangkai daun bawang
*1/2 batang lobak merah
*1 sudu teh garam

Resepi tauhu Berlauk

Cara penyediaan:

1. Kisar isi ayam, tauhu dan tauhu telur hingga halus. Kemudian masukkan lobak merah, daun bawang dan garam.

2. Masukkan adunan tauhu ke dalam loyang dan kukus selama 20 minit.

3. Kemudian, sejukkan tauhu dan potongkan mengikut saiz dan bentuk yang anda mahukan.

4. Pecahkan telur dan pukul sebelum celupkan kepingan tauhu ke dalam bancuhan telur dan goreng sehingga garing dan berwarna keemasan.

5. Tauhu berlauk sedia untuk dinikmati.

Resepi tauhu Berlauk
Sumber: Resepi Sheila Rusly

Mudah bukan?

Kalau anak-anak liat nak makan sayur, sediakan tauhu ini buat mereka. Pasti mereka suka, kerana rasa tawar tauhu sudah diperasakan dan diseimbangkan dengan campuran sayuran dan isi ayam tadi.

Selamat mencuba!

Tip 1:
Anda boleh variasikan sayuran dan lauk di dalam tauhu mengikut kreativiti dan kegemaran.

Tip 2: Untuk rasa sedikit pedas, letakkan cili api atau cili merah yang dipotong dadu ke dalam bancuhan.

Sumber: Karangkraf

Masak menu berbuka gaya Chef Burak.

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.