Masih ada lagikah yang memandang enteng tentang kepentingan bersahur untuk berpuasa? Jika anda golongan perlu bersahur, pernahkah masih terasa lapar dan kurang bermaya ketika berpuasa walaupun bersahur dalam kuantiti yang banyak?
Ini disebabkan anda perlu memilih makanan yang betul ketika bersahur bagi mengekalkan kecergasan sepanjang tempoh berpuasa.
Menurut pakar nutrisi dari USM, Hamid Jan Mohamed berkata, sahur membantu menyokong metabolisme dalam badan, mengurangkan rasa sakit kelaparan, meningkatkan kecergasan mental, menjamin kesihatan otak, memberi tenaga, rehidrasi, meningkatkan sistem penghadaman dan mengurangkan keletihan.

Maka, bagi mengekalkan kecergasan sepanjang berpuasa, perkara yang perlu dititikberatkan ialah pemilihan makanan dan bukannya berapa banyak yang anda perlu makan.
Sebagai rakyat Malaysia terutama bagi orang Melayu, boleh dikatakan makan nasi putih adalah menjadi keperluan untuk bersahur.
“Masyarakat Melayu sangat sinonim dengan memakan nasi dan selalunya dalam kuantiti yang banyak kerana mereka fikir akan kenyang sepanjang hari.”
Hamid juga berkata rakyat Malaysia kurang bersahur makan makanan seperti sayur-sayuran dan buah-buahan yang menyebabkan kekurangan nutrisi dalam badan.
Jadi, pilihan makanan apa yang sesuai untuk bersahur?
Pakar nutrisi menyarankan elakkan makanan tinggi glukosa seperti beras putih dengan menggantikan beras perang dan pilih hidangan yang kaya dengan serat serta rendah karbohidrat bagi mengurangkan rasa lapar.
“Mereka yang cenderung untuk makan banyak makanan manis mempunyai tempoh kenyang yang singkat dan kerap berasa lapar sepanjang hari.”
Selain itu, makanan yang mengandungi kafein dan garam juga menjadi punca dehidrasi dalam badan. Ini disebabkan garam adalah penyerap atau penyimpan air.
Masyarakat di sini suka makan nasi bersama kicap tanpa mengetahui bahawa kicap mengandungi garam tersembunyi yang mana akan mendehidrasi badan menyebabkan pada awal pagi sudah terasa lapar dan berasa haus.

Justeru, amalkan gaya pemakanan yang betul seperti yang disarankan oleh pakar nutrisi dan elakkan pembaziran.
Sumber: Malay Mail
Iftar di sini pun menarik.
Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.