Sekurangnya 41 orang daripada 78 orang penumpang termasuk dua orang kanak-kanak dilaporkan maut dalam nahas kebakaran pesawat Aeroflot yang mendarat secara kecemasan di Moscow hujung minggu lalu.
Kebakaran yang dikatakan berpunca daripada kilat itu menyebabkan pesawat penumpang SSJ-100 dari Lapangan Terbang Sheremetyevo itu terpaksa melakukan pendaratan kecemasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo selepas 40 minit berlepas.
Paparan video mengenai nahas yang tersebar di laman sosial media mendedahkan di sebalik keadaan gawat dan cemas tersebut masih ada di antara para penumpang yang bersikap mementingkan diri sendiri.
Mereka terlampau ‘sibuk’ untuk menyelamatkan bagasi tangan mereka telah menyebabkan penumpang lain yang berada di bahagian belakang (jauh dari gelungsur kecemasan) tidak dapat keluar dari perut pesawat.
https://www.instagram.com/p/BxGKjExHJvg/?utm_source=ig_embed
Perlulah diingatkan dan sentiasa tahu, dalam keadaan kecemasan, nyawa penumpang lain adalah lebih berharga jika dibandingkan dengan barangan peribadi anda.
Untuk mereka yang ingin melakukan penerbangan, seeloknya anda dengar dan ikut arahan daripada juruterbang serta krew kapal mengenai tindakan dan prosedur sekiranya berlaku kecemasan.
Sumber: New Straits Times
Jijik betullah.
Muzium Makanan Jijik Yang Pasti Buatkan Anda Muntah
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.