Elak Pembaziran, Guna Aplikasi OhFreeFood Untuk Bersedekah

Bulan Ramadan merupakan bulan yang istimewa bagi umat Islam dan pada bulan ini jugalah umat Islam berlumba-lumba mencari pahala kerana pintu-pintu syurga dibuka sebagaimana Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud,

“Apabila Ramadan tiba, pintu syurga dibuka, pintu neraka ditutup dan syaitan pun dibelenggu.” (Hadis Riwayat Muslim)

Pada bulan yang mulia ini, kita sering melihat pembaziran makanan yang terlampau banyak berlaku di depan mata kita dilakukan individu mahupun masyarakat sekeliling. Masalah pembaziran makanan sering berlaku setiap tahun pada bulan yang berkat ini.

Bagi mengelakkan berlakunya pembaziran makanan, anda boleh menggunakan aplikasi OhFreeFood untuk berkongsi makanan lebihan, makanan yang tidak habis dimakan atau pun mahu masak/ beli lebih untuk bersedekah.

Aplikasi OhFreeFood merupakan sebuah platform yang dibangunkan untuk mereka yang ingin berkongsi makanan dengan sesiapa sahaja. Bukan sahaja boleh berkongsi makanan, pengguna juga boleh request makanan yang dikongsikan mereka dalam aplikasi berkenaan.

Para pengguna aplikasi adalah terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira usia. Anda boleh muat turun aplikasi ini di Google Play Store bagi pengguna Android dan Apple Store bagi iOS.

Ohfreefood
Sumber: FB OhFreeFood

Apabila gambar makanan telah dikongsikan dan sudah diminta oleh pengguna dalam aplikasi itu, anda boleh membuat temujanji untuk menyerahkan makanan tersebut. Mudah sahaja bukan?

Marilah kita bersama-sama ubah sikap untuk mengelakkan pembaziran kerana seperti Firman Allah dalam surah Al-Israa’ ayat 27 yang bermaksud.

“Sesungguhnya orang yang membazir itu adalah saudara syaitan dan syaitan itu pula adalah makhluk yang sangat kufur kepada tuhannya.”

Sumber: OhFreeFood

 

Iftar di sini mesti kenyang punyalah.

Nasi Arab @Al Rawsha

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.