Kuala Lumpur Paling Ramai Terima Pelancong, Kalahkan Bandar Besar Dunia Yang Lain

Pada tahun 2018, seramai 343 milion pelancong antarabangsa melawat ke negara Asia Pasifik dan telah menyumbang lebih kurang USD390 bilion kepada negara-negara tersebut.

Dengan peningkatan hampir 65% dalam masa lapan tahun sehingga 2018, Malaysia tersenarai dalam negara yang dibanjiri pelancong selain daripada negara China, Thailand, Jepun dan Hong Kong.

Dengan peningkatan jumlah terbabit, kadar kemasukan lawatan daripada pelancong antarabangsa bukan sahaja membantu dalam ekonomi negara, tetapi berpeluang menambah pendapatan kelas pertengahan yang menjadikan bidang pelancongan sebagai sumber rezeki, antaranya pekerjaan sebagai pemandu pelancong.

e-panggilan selain Grab
Sumber: The Malaysian Reserve

Sehingga 2030, dianggarkan kemasukan pelancong antarabangsa ke negara-negara Asia Pasifik akan mencecah angka 2.44 bilion dengan peningkatan sebanyak 75% berbanding 2018.

Perkembangan aktiviti pelancongan yang meningkat secara mendadak boleh menyebabkan berlakunya kemusnahan pada alam, namun dengan bantuan daripada kerajaan, risiko ini dapat diatasi.

Dalam satu tinjauan oleh Agoda, Kuala Lumpur dan malaysia merupakan bandar dan negara yang paling banyak melalui tempahan di Asia. Bandar Kuala Lumpur berjaya mengatasi destinasi Asia lain termasuklah Hong Kong, Osaka, Taipei, Singapura, Bali dan Pattaya.

Disebabkan perbezaan dan kepelbagaian budaya, hospitaliti dan keramahan rakyatnya, Malaysia menjadi destinasi nombor satu bagi pelancong Singapura dalam kawasan negara Asia Pasifik.

Sumber: Malay Mail, CNN

Masak menu berbuka gaya Chef Burak.

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.