Ceroboh Kawasan Pantai Seberang Takir, Pemilik Gerai Bazar Ramadan Diberi Notis Amaran

Baru-baru ini tular mengenai keindahan sebuah pantai di Terengganu yang hampir serupa dengan di Australia. Dihiasi dengan Jambatan Drawbridge sebagai pemandangan latar belakang kawasan pantai, Pantai Seberang Takir menjadi tumpuan rakyat Malaysia.

Belum lagi dibuka kepada umum, Pantai Seberang Takir masih selamat daripada dicemari pihak tidak bertanggungjawab. Namun, di sebalik keghairahan menyambut bulan Ramadan yang tiba, ada peniaga yang dengan selambanya menceroboh lalu memacak gerai mereka di kawasan Pantai Seberang Takir.

Pantai Seberang Takir Diceroboh Peniaga Bazar

Sudah diberikan notis amaran oleh Pentadbir Tanah Kuala Nerus, pemilik gerai yang gagal mematuhi arahan akan dikenakan tindakan di bawah Seksyen 425 Kanun Tanah Negara jika disabitkan kesalahan.

Pantai Seberang Takir Diceroboh Peniaga Bazar

Pantai Seberang Takir Diceroboh Peniaga Bazar

Mungkin berdepan dengan denda RM500,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali, pemilik gerai digesa untuk ‘keluar’ dari kawasan kerana pemilikan yang tidak sah.

Sikap pemilik gerai yang gemar mengambil kesempatan dengan mendirikan gerai secara haram wajarlah dicemuh. Tidak salah sebenarnya kalau mahu menjual tetapi biarlah dengan lesen yang dibenarkan.

Pantai Seberang Takir Diceroboh Peniaga Bazar

Silap-silap nanti, disebabkan mereka kawasan Pantai Seberang Takir akan dicemari dengan sisa buangan makanan dan plastik.

Sumber: Pejabat Daerah Dan Tanah Kuala Nerus

Best juga kalau bawa berbuka di sini.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.