Resipi Menu Telur Yang Mudah Dan Cepat, Tapi Sedap

Dalam keadaan terdesak, menu telur amat membantu. Bukan apa, telurlah paling mudah untuk disediakan. Bukan setakat sedap, tetapi menu telur juga menjadi penyelamat sekiranya anda mahu berjimat.

Ini kami sediakan menu telur yang mudah dan cepat untuk anda masak.

1. Telur masak kicap

Bahan-bahan:

*2 biji telur ayam (goreng mata kerbau)
*1 sudu sos cili
*Kicap manis
*1/2 biji bawang besar (hiris)
*2 ulas bawang putih
*Sedikit halia
*2 biji cili api (ikut tahap kepedasan masing-masing)
*Sedikit air

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang besar, bawang putih, halia dan cili api.

2. Masukkan kicap manis, sos cili, sos tiram dan air. Biarkan seketika.

3. Setelah kuah mendidih dan agak pekat, tuangkan kuah ke dalam pinggan berisi telur.

Resepi Telur Mudah

2. Sambal telur ala scramble egg

Bahan-bahan (ditumbuk):

*8 ulas bawang merah
*4 ulas bawang putih
*3-4 tangkai cili padi kampung
*4 biji cili merah dan cili hijau
*Belacan (pilihan)

Cara penyediaan:

1. Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk sehingga wangi. Tuangkan telur dan biarkan seketika sebelum dikacau.

2. Masukkan garam secukup rasa dan bolehlah diangkat dan dihidangkan.

Resepi Telur Mudah

3. Telur goreng cili

Bahan-bahan:

*4 biji telur
*Segenggam ikan bilis
*20 biji cili api
*2 biji lada merah besar
*Sebiji bawang besar
*Sedikit garam, gula n perasa
*1 senduk minyak masak

Cara penyediaan:

1. Goreng telur sebiji-sebiji (telur mata kerbau).

2. Goreng ikan bilis sampai garing, kemudian masukkan bawang besar yang dihiris halus. Bila bawang sudah kekuningan, masukkan cili dan lada yang sudah ditumbuk lumat.

3. Setelah bahan agak masak, perasakan dengan sikit garam dan gula.

4. Masukkan telur dan kacau sekejap sebelum api ditutup.

Resepi Telur Mudah

4. Telur dadar rangup

Bahan-bahan:

*2 biji telur
*Tepung jagung 1 sudu teh
*Daun sup dan daun bawang hiris
*Bawang merah (potong dadu)
*Bawang putih hiris (kisar)
*Cili merah hiris
*Serbuk perasa ayam
*Garam

Cara penyediaan:

1. Campur kesemua bahan dan kacau sampai berbuih.

2. Panaskan minyak (banyak) dalam kuali hingga berasap. Masukkan 1 senduk telur kemudian goreng hingga garing.

Tip lebih rangup: Jika dua biji telur, goreng 2 kali supaya lagi rangup.

Resepi Telur Mudah

Mudah bukan? Untuk yang malas nak masak sahur atau berbuka, bolehlah cuba.

Dengar pesan Bane.

Bila Bane Berpuasa

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.