Tidak setiap hari kita akan merasa bahagia. Dalam tujuh hari seminggu, pasti ada satu atau dua hari yang ‘buruk’ untuk kita.
Sedar dengan realiti ini, Burger King telah melancarkan set ‘unhappy meals’, ‘Real Meals’ yang merupakan kolaborasi bersama Mental Health America bersempena dengan Bulan Kesedaran Kesihatan Mental.
Memilih Mei sebagai bulan pelancaran di Seattle, Miami, Los Angeles, New York City dan Austin, Texas, set ‘Real Meals’ boleh didapati dengan lima jenis mood berbeza, iaitu:
1. Pissed Meal (ketika anda merasa marah),
2. Blue Meal (ketika anda merasa sedih),
3. Salty Meal (ketika anda merasa tidak enak atau dingin),
4. YAAAS Meal (ketika anda tidak mampu mengawal keterujaan), dan
5. DGAF Meal (ketika anda merasa tidak mahu peduli tentang apa-apa).
Dengan dunia yang ‘dikawal’ oleh media sosial, terlalu banyak tekanan untuk terlihat gembira dan sempurna.
https://www.youtube.com/watch?v=PjxRUEA0Tdo
Dengan lima set ini, Burger King meraikan anda menjadi diri sendiri dan mengekspresikan perasaan sebagaimana yang anda mahukan.
“No one is happy all the time. And that’s OK. #FeelYourWay”
Sumber: Mashable SE Asia
Dengar pesan Bane.
Bila Bane Berpuasa
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.