Ketinggian Menara Burj Khalifa Miliki 3 Zon Bersungkai Yang Berbeza

Selama ini kita menduga apabila tiba waktu bersungkai, semua orang dalam sesuatu kawasan akan berbuka pada waktu yang sama.

Seperti yang kita tahu, setiap kawasan mempunyai waktu bersungkai yang berbeza yang mana ada yang zon masanya lebih awal dan ada yang sedikit lambat.

Di Malaysia, penduduk di Sabah dan Sarawak akan bersungkai sejam lebih awal daripada mereka yang berada di Semenanjung

Namun, jika anda berada di bangunan tertinggi dunia iaitu menara Burj Khalifa, Dubai pada bulan Ramadan, anda akan mengalami satu pengalaman yang unik. Jika berada di aras tinggi menara itu, perlu bersabar sedikit untuk bersungkai kerana zon masanya lewat beberapa minit berbanding mereka di aras bawah.

Apa sebabnya?

Menurut Mufti Besar Dubai, waktu bersungkai di sana ditandai oleh matahari yang terbenam sepenuhnya, namun ia kelihatan lebih lama apabila berada di kedudukan lebih tinggi.

Ahli astronomi menjelaskan, matahari terbit lebih awal dan lewat terbenam pada kedudukan tinggi berbanding dengan lokasi yang sama di aras tanah.

Jadi, disebabkan menara Burj Khalifa tersangatlah tinggi, waku bersungkai di menara itu perlu dibahagikan kepada 3 zon. 3 waktu berbeza itu bergantung kepada waktu matahari terbenam yang dapat dilihat oleh mereka yang tinggal di tingkat tersebut.

waktu bersungkai Burj Khalifa
Sumber: Asia News

Zon 1: Mereka yang berada di aras bawah iaitu dari tingkat 60 ke bawah boleh bersungkai sama seperti mereka yang berada di luar menara itu.

Zon 2: Bagi mereka yang berada di antara tingkat 61 hingga 120 iaitu pada ketinggian 414 meter ke atas, waktu bersungkai dilambatkan selama 4 minit daripada zon 1.

Zon 3: Manakala untuk mereka yang berada di tingkat 121 dan ke atas, waktu bersungkai perlu dilambat 6 minit berbanding mereka yang dibawah.

Namun, apabila tiba waktu subuh, zon masa di sini akan terbalik iaitu mereka yang berada di tingkat teratas akan melihat fajar sodiq terlebih dahulu berbanding mereka yang berada di bawah.

Sumber: Khaleej Times

 

Masak menu bersungkai gaya Chef Burak pun sedap ni.

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.