Resipi Kerabu Kerang Bersama Pucuk Paku

Disebabkan harga pasaran yang semakin mahal, ramai memilih untuk tidak menjadikan kerang sebagai menu pilihan seharian walaupun ianya banyak kebaikan kepada kesihatan tubuh. Antaranya mengatasi anemia, menjaga kesihatan jantung dan membentuk otot.

Kalau ke kedai, biasa yang buatkan kita terliur ialah menu kerabu bakar, tak pun kerabu kerang. Tapi kan sebenarnya senang sahaja untuk sediakan menu kerabu kerang. Tak percaya?

Bahan-bahan:
*1kg kerang (saiz besar)
*1 ikat pucuk paku hijau (dipotong kasar)
*1 sudu makan kerisik
*½ cawan santan pekat
*3 biji limau kesturi
*1 labu bawang besar (dihiris)
*10 biji cili api
*3 biji cili merah
*Sedikit belacan
*Cili api, cili merah dan belacan (dikisar bersama)
*Garam secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Basuh kerang dan masukkan ke dalam kuali. Rebuskan dengan sedikit air dan garam selama 5 minit.

2. Toskan dan ambil isi kerang sahaja.

3. Ambil bahagian daun hijau pucuk paku dan basuh sehingga bersih. Rebuskan dengan sedikit garam sehingga lembut dan tuskan.

3. Masukkan semua bahan ke dalam mangkuk dan gaul rata sebelum dihidangkan.

Resepi Kerabu Kerang

Mudah kan? Kalau makan dengan nasi panas-panas, memang membangkitkan selera. Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Syurga dunia.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.