5 Jenis Makanan Yang Bantu Anda Atasi Masalah Perut Buncit

Perut merupakan salah satu anggota badan yang paling elastik dan mudah meregang. Sebab itulah perut mudah menjadi buncit akibat daripada lemak-lemak yang terkumpul.

Keadaan perut buncit bukan sahaja menjadikan figura anda kelihatan ‘kurang menarik’, tetapi juga meningkatkan risiko beberapa penyakit lain seperti tekanan darah tinggi, kencing manis dan hati berlemak.

Nak atasi masalah perut buncit? Mudah sahaja, amalkan makanan di bawah ini:

1. Tembikai

Menjadi hidangan pembuka terbaik, tembikai mempunyai 91% kandungan air yang menyebabkan anda mudah merasa kenyang tanpa perlu mengambil makanan berkalori yang besar. Pertubuhan Dietetik Amerika turut bersetuju bahawa tembikai merupakan makanan terbaik untuk mengurangkan lemak perut dan mencegah dihidrasi.

2. Badam

Badam mengandungi sejumlah lemak sihat yang boleh membantu anda untuk tidak makan terlalu banyak. Kandungan magnesium dalam badam merupakan komponen penting yang dapat membentuk otot dan mengurangkan risiko sakit jantung.

Atasi Perut Buncit
Sumber: Kerala Spice

3. Daun saderi

Daun saderi merupakan salah satu sayuran rendah kalori dan mengandungi kandungan kalsium dan vitamin C yang dapat menurunkan berat badan. Selain daripada sedap dijadikan sebagai hidangan salad dan sup, daun saderi juga boleh dikisar untuk diminum sebagai jus.

4. Timun

Timun bukan sahaja baik untuk kulit, tetapi juga merupakan salah satu alternatif terbaik untuk mencuci kembali tubuh daripada lemak-lemak berlebihan. Jika anda makan timun setiap hari, anda bukan sahaj boleh mengurangkan risiko penyakit dan perut buncit tetapi mendapatkan kulit yang mulus! 2 in 1, bukan?

5. Air limau

Setiap kali bangun daripada tidur, cuba amalkan minum satu cawan air limau dan anda akan terasa hasilnya. Kalau mahu lebih berkesan, minum juga air limau selepas makan bagi proses ‘pencucian’ perut.

Tabiat minum air limau ini boleh menyahkan segala toksik yang berbahaya pada hati dan menyahkan lemak di bahagian pinggang. Mana tahu selepas ini jika amalkan, anda akan dapat pinggang ramping macam Maya Karin.

Atasi Perut Buncit
Sumber: CDN

Selain daripada lima makanan di atas, anda juga boleh amalkan pemakanan teh halia, ikan salmon, buah nanas, buah epal, avokado dan tomato selain daripada memastikan untuk mengurangkan pengambilan gula serta tidur yang cukup iaitu enam ke lapan jam sehari.

Selamat mencuba!

Sumber: IDN Times, FMT

Syurga dunia.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.