Tidak dinafikan masih ada lagi masyarakat yang tidak mengenali buah-buahan tropika seperti buah durian sehingga hari ini. Walaupun durian disukai sebahagian orang, tapi masih ada yang menganggapnya gangguan seperti kejadian yang berlaku di Australia.
Ratusan pelajar diarah keluar dari sebuah perpustakaan di bandar Canberra, Australi gara-gara kekecohan yang disebabkan bau buah durian yang disangka bau kebocoran gas.
Ketika kejadian pada Jumaat lalu, pasukan bomba bergegas ke Perpustakaan Universiti Canberra setelah menerima laporan bau gas yang kuat pada kira-kira jam 2.30 petang (waktu tempatan).
Seramai 550 orang dibawa keluar dari bangunan tersebut dalam masa kurang enam minit sementara pasukan bomba mengesan punca bau. Selepas pemeriksaan dilakukan selama sejam, pihak bomba berjaya mengesan punca bau tersebut.
“Apa yang diduga sebagai kebocoran gas ternyata adalah bau sisa buah durian yang dibuang ke dalam tong sampah,” kata kenyataan pentadbiran perpustakaan terbabit di laman Facebook.
“Bau buah yang mengganggu itu sudah dikeluarkan,” tambahnya.
Salah seorang pengguna Facebook mengatakan dia berfikir bahawa makanan dan minuman tidak boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan. Bagaimanapun, pihak perpustakaan memaklumkan bahawa makanan dan minuman bertutup boleh dibawa masuk ke dalam perpustakaan namun perlu ada common sense dengan sekeliling.
Kesan daripada kejadian itu, pihak Perpustakaan Universiti Canberra telah melarang buah durian berada di sekitar perpustakaan itu.
Kejadian sebegini bukanlah kali pertama berlaku. Tahun lalu, sebiji buah durian busuk yang ditinggalkan di perpustakaan Institut Teknologi Royal Melbourne (RMIT) turut mengakibatkan 500 pelajar dan guru terpaksa dipindahkan.
Sumber: CNA
Buka puasa sini memang kenyang beb!
Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.