Resipi Paru Goreng Lada Rangup

Tidak semua orang tahu teknik yang betul untuk masak paru. Sebab itulah, ada kedai menjual menu lauk paru yang sedikit hanyir, kenyal dan liat. Kalau betul cara masak, paru lembu boleh terasa seperti daging.

Nak masak apa ya untuk berbuka hari ini? Apa kata kita cuba resipi paru goreng lada yang rangup ini.

Bahan-bahan:
*500g paru
*7 biji lada merah (ikut tahap kepedasan masing-masing)
*1 biji bawang besar
*3 ulas bawang putih
*1 batang serai (diketuk hujung)
*1 sudu teh serbuk kunyit
*Garam dan gula

Cara penyediaan:

1. Rebus paru sehingga lembut (cucuk menggunakan garfu).

2. Paru dipotong mengikut saiz pilihan. Jangan terlalu nipis atau tebal.

3. Gaulkan paru dan serbuk kunyit bersama sedikit garam dan biarkan selama 5 minit. Kemudian goreng paru separuh masak. Angkat dan toskan.

4. Kisar bawang besar, cili merah dan bawang putih. Jangan terlalu halus.

5. Panaskan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama serai. Biarkan naik bau dan sedikit garing, masukkan garam dan gula secukup rasa.

6. Masukkan paru yang telah digoreng tadi. Gaul kesemua sehingga agak-agak sebati dan sedia untuk dihidangkan.

Resipi Paru Lada 1

Mudah kan? Kalau anda tak pernah cuba makan paru, apa kata cabar diri anda. Pasti selepas ini, paru akan menjadi makanan kegemaran anda.

Selamat mencuba!

Sumber: MyResipi

Syurga dunia.

7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.