Pernah atau tidak anda tertanya-tanya mengapa warna pasport rakyat Malaysia berwarna merah dan bukannya hitam yang terlihat lebih elegan dan misteri?
Tahukah anda, apakah rahsia disebalik setiap warna pasport penduduk dunia?
Menurut Hrant Boghossian, presiden Arton Group yang menjalankan data interaktif Pasport Indeks, pasport untuk setiap warganegara adalah berdasarkan empat warna yang standard, iaitu biru, merah, hijau atau hitam.
Bagaimana pasport terbentuk sudah ditetapkan dan ianya termasuklah saiz serta format seperti yang diisukan oleh Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa atau Civil Aviation Organization (ICIO).
Setiap kerajaan (negara) boleh memilih warna dan reka bentuk dokumen nasional mereka dan terdapat pelbagai senario yang menjelaskan pemilihan tersebut.

European Union (EU) memilih warna merah tua manakala Caricom (Caribbean Community and Common Market) memilih biru disebabkan kemungkinan faktor geografi atau atas sebab-sebab politik.
Ada yang berpendapat, mereka yang memilih warna merah adalah kerana mempunyai sejarah dijajah komunis, berminat menyertai kesatuan dan sebagai langkah penjenamaan dan sebagai gambaran identiti hegara.
Manakala warna biru sebagai simbolik Dunia Baru. Contohnya Amerika Utara, Amerika Selatan dan Oceania serta digunakan oleh 15 buah negara Caribbean dan negara yang bergantung kepadanya.
Turki juga berhasrat untuk menukar warna pasport mereka kepada merah tua dengan harapan dapat turut serta dalam European Union. Negara seperti Morocco, Pakistan dan Arab Saudi memilih warna hijau sebagai perlambangan kepada agama Islam.
Kebanyakan negara Islam menggunakan warna hijau kerana percaya hijau merupakan warna kegemaran Nabi Muhammad SAW dan sebagai simbol semulajadi dan kehidupan selain daripada sering terlihat dalam bendera-bendera negara Islam seperti Afghanistan dan Iran.
Warna hitam pula digunakan oleh negara-negara Afrika seperti Liberia, Malawi dan Uganda. Motif penggunaan warna hitam adalah supaya terlihat lebih rasmi, menyerlahkan simbol negara yang kontra serta tonanya yang kurang kotor.
Ada negara memilih warna yang tertentu sebagai lambang keunikan identiti dan ‘penyamaran’, antaranya Switzerland dengan warna merah terang), Singapura berwarna oren terang atau merah dan untuk buku pasport sementara (pelancong yang memerlukan dokumen perjalanan kecemasan) di Kanada ialah berwarna putih.
Nak tukar-tukar warna pasport?
Boleh tak ada masalah sekiranya pihak kerajaan bersetuju dengan perkara tersebut. Sebagai contoh, warna pasport Amerika Selatan pada awalnya berwarna merah namun ditukar ke hijau dan sekarang berwarna biru.
Pasport negara mana yang paling cool?
Pasport Finland! Dengan menyelak laju helaian muka surat pasport Finland, anda boleh lihat imej rusa berlari. Tak percaya? Sila lihat paparan video di bawah:
Proses penghasilan pasport merupakan proses yang dikawal ketat dan hanya ada beberapa negara sahaja yang melakukannya. Pemilihan warna untuk pasport negara bukan sahaja dipengaruhi oleh budaya dan sejarah tetapi juga kepada keterdapatan serta praktikal.
Dalam banyak-banyak warna, warna mana yang anda pernah berhasrat untuk tukar?
Sumber: Telegraph
Syurga dunia.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.