Dah jemu dengar soalan yang sama daripada orang keliling, “bila kami dapat makan nasi minyak?” Apa kata selepas ini bila ditanya dengan soalan begitu, anda jawab dengan menjamu mereka makan nasi minyak hasil tangan anda.
Tak susah pun. Jom ikut resipi di bawah.
Bahan-bahan:
*1/4 cawan minyak sapi
*2 biji bwg putih,dicincang
*2 biji bwg besar,dihiris
*4 kuntum bunga cengkih
*2 inci kulit kayu manis
*6 biji buah pelaga
*6 biji lada putih,ditumbuk
*2 cawan beras
*2 cawan air
*1 cawan susu cair/fresh milk
*2-3 titik pewarna kuning
*1/2 cawan kismis
*3 helai daun pandan
*Bawang goreng dan buah badam
Cara penyediaan:
1. Pijarkan minyak sapi dalam periuk. Goreng bawang besar dan bawang putih hingga kekuningan.
2. Masukkan kulit kayu manis,bunga cengkih, buah pelaga dan lada putih. Goreng selama 5 minit.
3. Masukkan beras, air, susu cair, daun pandan yang disimpulkan serta pewarna kuning. Kacau supaya semua bahan serata. Tutup periuk dan tunggu hingga air kering.
4. Masukkan kismis dan kacau rata. Setelah itu tanak nasi hingga betul-betul masak. Ketika menghidang boleh letakkan bawang goreng serta buah badam.

Mudah kan? Tak lengkaplah makan nasi minyak kenduri kalau dimakan tanpa lauk ayam kan? Nak resipi ayam rempah, boleh klik di sini.
Selamat mencuba!
Sumber: MyResipi
Syurga dunia.
7 Tempat Wajib Singgah Oleh Peminat Anime Di Jepun
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.