Tonton Siri Web ‘Goreng Atau Gagal’ Minyak Masak Alif Sempena Ramadan Ini

Jenama kegemaran Malaysia, minyak masak Alif dengan kerjasama Sime Darby Oils telah melancarkan 10 episod siri web yang dinamakan “Goreng atau Gagal” sempena bulan Ramadan ini.

Siri tersebut merupakan usaha Alif untuk mewujudkan jenis kandungan yang berbeza bagi peminat dan pengikut media sosialnya. Siri ini diadakan untuk pengguna jenama minyak masak itu di laman media sosial.

Hasilnya adalah satu siri rakaman percubaan untuk menggoreng bahan-bahan yang dicadangkan oleh pengguna minyak masak Alif sendiri dengan menggunakan produk tersebut. Antara bahan-bahan yang dicadangkan untuk digoreng adalah durian, dodol, tembikai, lemang dan lain-lain lagi.

Siri ini dihoskan oleh cef selebriti, Nik Michael Imran dan pengacara terkenal, Yasmin Hani ditayangkan setiap Jumaat pada jam 10 pagi di laman Facebook Minyak Masak Alif.

Goreng Atau Gagal Alif

Dalam siri tersebut, Nik Michael Imran berperanan mengolah cara-cara menggoreng bahan yang terdiri daripada pelbgai ciri dan teksur. Manakala Yasmin Hani mengendalikan slot ‘Makmal Goreng’ dengan memberi petua-petua yan jarang diketahui umum tentang teknik menggoreng ketika memasak.

Selain itu, pelbagai tip positif kehidupan sehari-hari juga akan dikongsi bersama penonton, bertepatan dengan slogan jenama itu iaitu ‘Alif Paling Arif’.

Jadi, jangan lupa tonton siri itu untuk melihat gelagat cef Nik Michael dan Yasmi Hani memasak makanan yang tidak pernah dibuat orang!

Pada 10 Mei lepas, dalam Episod 1 mereka telah memasak tembikai goreng. Nak tahu apa rasa dan rupanya, kenalah tonton di Facebook Minyak Masak Alif.

Goreng Atau Gagal Alif

 

Buka puasa sini memang kenyang beb!

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.