Tip Simpan Menu Berbuka Atau Sahur Agar Tidak Cepat Basi

Sebilangan orang akan memilih untuk memasak menu berbuka puasa lebih banyak untuk disimpan pada waktu sahur keesokan harinya. Jadi, tidak perlu memasak pada waktu malam atau dua jam sebelum sahur.

Jika menu yanng dimasak kering seperti tauhu goreng, kita tidak perlu risau tetapi jika makanan berkuah, bagaimana untuk mengekalkan kualiti makanan supaya tidak basi?

1. Panaskan sebelum simpan

Perlu hangatkan makanan sebelum disimpan untuk sahur. Ia bertujuan untuk mengelakkan makanan daripada cepat basi. Pastikan makanan itu sudah dipanaskan dengan sempurna.

Tambah air ketika panaskan makanan yang kuahnya sedikit dan biarkan sehingga makanan itu dimasak seperti yang diinginkan.

2. Biarkan makanan suam dahulu

Setelah makanan sudah siap dimasak, tunggu makanan suam sedikit baru tutup bekas makanan tersebut. Ini bertujuan untuk mengeluarkan wap panas dan tidak menyebabkan makanan cepat basi.

Pastikan makanan ditutup rapat.

Tip Makanan Tidak Cepat Basi
Sumber: Nanyfadhly

3. Jangan sentuh makanan yang mahu disimpan

Asingkan makanan yang mahu disimpan dan tidak menyentuh atau mengacaunya lagi. Namun, jika terpaksa sentuh makanan untuk diperasakan, panaskan dan dinginkan sebentar sebelum disimpan.

4. Simpan dalam peti ais

Pastikan simpan makanan dalam bekas kedap udara sebelum letak di dalam peti ais. Cara ini akan membuatkan makanan anda tahan lebih lama dan tidak mudah basi. Kemudian, hangatkan semula makanan itu sebelum menjamah.

Apa yang penting, cara ini membuatkan anda dapat berjimat di bulan Ramadan berbanding berbelanja lebih di bazar Ramadan.

Sumber: IDN Times

 

Beraya sini pun boleh.

MakanLena: Tadom Hills, Banting

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.