Ramai di antara kita yang suka meninggalkan botol air di dalam kereta. Sama ada tertinggal atau pun sengaja meninggalkan, tahukah anda perbuatan yang terlihat kecil ini sebenarnya boleh membawa kecelakaan lebih besar?
Meninggalkan botol air di dalam kenderaan terutamanya semasa musim panas menyebabkan kimia daripada plastik diserap oleh air apabila berada dalam keadaan panas, tetapi meminum air daripadanya boleh menyebabkan individu menderita sakit kanser.
Yang paling bahaya, tabiat meninggalkan botol air di dalam kenderaan boleh menyebabkan kebakaran! Apabila dipantul cahaya, botol air akan bertindak seperti kanta pembesar; air di dalam botol akan fokus kepada cahaya dan haba pada satu tempat.
Menurut saintis, pendedahan kepada haba yang tinggi akan meningkatkan kadar kimia berbahaya yang dipanggil sebagai Bisphenol A (BHA) yang dilepaskan ke dalam air oleh plastik. Sebab itulah, apabila botol air didedahkan kepada haba yang tinggi, ianya boleh meningkatkan peluang untuk memulakan kebakaran kecil.
Bagaimana kalau masih mahu tinggalkan botol air di dalam kereta?
Tinggalkan botol air anda di bawah kerusi atau tempat-tempat tersembunyi yang tidak mendedahkannya pada cahaya matahari.
Jadi, selepas ini masih ada yang mahu tinggalkan botol air di dalam kereta? Ingat sebelum terlambat, tau.
Sumber: Times Of India
Terliur pula tengok dia bakar sotong.
SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.