Berhati-Hati Apabila Membeli Ayam Kampung Di Musim Perayaan

Ramadan semakin meninggalkan kita dan Syawal pula bakal menjelma. Ketika ini, pelbagai persediaan yang direncanakan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri termasuklah persediaan juadah hari raya.

Bagi mereka yang mencari ayam kampung untuk juadah hari raya perlu berhati-hati apabila membelinya. Persatuan Pembiak Ayam Kampung Warisan Malaysia (WAK) mengingatkan pengguna, terdapat peniaga yang menjual ayam daging sebagai ayam kampung demi meraih keuntungan.

Menurut Pengerusi WAK, Dr Azhar Kasim terdapat juga penternak ayam daging yang melabelkan ayam mereka sebagai ayam kacukan untuk mengelirukan pengguna.

“Ada juga antara mereka mengatakan bahawa ayam daging mereka adalah ayam kampung kacukan sedangkan ayam-ayam tersebut tidak mempunyai darah ayam kampung,”

Azhar juga mendakwa, terdapat peniaga yang menjual ayam daging warna (colour boiler) di peringkat ladang dan dipasarkan sebagai ayam kampung.

Begitu juga dengan ayam kampung yang telah diperap dengan rempah dan dijual sebagai ‘ayam kampung’ di kedai runcit bukanlah ayam kampung sebenar.

berhati-hati beli ayam kampung
Sumber: Jual Ayam Hias

Taktik menipu pelanggan demi meningkatkan jualan daging ayam dan mengaut keuntungan telah berlaku secara berleluasa di pasar borong, pasar raya, pasar malam dan juga di premis makanan.

Bagaimanapun, pihak berwajib tidak mengambil sebarang tindakan yang menyebabkan taktik perniagaan tersebut semakin berleluasa.

“Taktik tersebut menjadi semakin meluas kerana pihak berwajib tidak mengendahkan rungutan penternak ayam kampung dan juga pembeli yang sudah berlarutan selama beberapa tahun,” ujarnya lagi.

Jadi, bagaimanakah untuk pembeli mengetahui perbezaan ayam kampung sebenar dan palsu?

Menurut Azhar, cara terbaik bagi pembeli untuk memastikan mereka mendapat produk sebenar adalah dengan mendapatkannya secara langsung dari penternak dan bertanya sama ada daging ayam dari ayam kampung atau tidak sebelum membuat pembelian.

Selain itu, ayam kampung sebenar juga boleh dibeli di kedai runcit yang telah diperakui untuk menjualnya. Jika tiada pengalaman membeli ayam kampung, tanya rakan atau saudara yang pernah membelinya bagi mengelak daripada ditipu.

Sumber: Malay Mail

Tajam sungguh pisau Chef Burak ini.

7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.