Bahan Rahsia Untuk Resipi Kuah Kacang Jadi Lebih Sedap

Lain orang, lain cara masakannya. Tapi hasil pada akhirnya, semua mahukan makanan yang sedap untuk dimakan. Setiap orang ada rahsia dalam menjadikan makanan lebih sedap dan menyelerakan.

Sempena dengan Hari Raya yang hampir tiba, ramailah yang mencari-cari resipi rahsia dalam menjadikan menu wajib Hari Raya seperti rendang dan nasi himpit menjadi lebih sedap dan menyelerakan.

Di sini kami kongsikan resipi daripada Ruziati Amat Sarbini.

Bahan-bahan:
*1kg kacang tanah (goreng dan kisar dengan air)
*800 gram gula
*2 1/2 sudu makan garam
*3 biji bawang besar (dikisar)
*4 ulas bawang putih (dikisar)
*Segenggam asam jawa (bancuh pekat)
*4 batang serai (diketuk)
*Seinci lengkuas
*Minyak masak
*Air
*Udang kering ditumbuk kasar
*Cili kering

Cara penyediaan:

1. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.

2. Kemudian, masukkan semua bahan-bahan lain, kacang tanah, serai, lengkuas, cili kisar, udang kering dan air asam jawa, Kemudian tambah sedikit air.

3. Biarkan mendidih sehingga kuah kelihatan agak pekat. Kacau untuk mengelakkan hangus di bahagian bawah.

4. Kecilkan api dan biarkan kuah sehingga naik minyak.

5. Kuah siap untuk dihidangkan.

Kuah Kacang Nasi Himpit Lebih Sedap 2

Nak lagi sedap dan kaw, masukkan bahan-bahan rahsia yang kami compilekan seperti di bawah:

1. Kicap manis

Kicap dalam kuah kacang nasi himpit? Betullah?

Iya, menambah kicap dalam kuah kacang nasi himpit mampu menjadikan tekstur kuah kacang lebih pekat. Rasa lemak kicap manis yang diletakkan dalam kuah kacang mampu menyerlahkan lagi kesedapan rasa kuah kacang. Namun, hati-hati jangan terlebih letak. Nanti pelik pula rasanya.

2. Biskut marie

Tahukah anda, biskut marie boleh menggantikan tepung bagi memekatkan lagi kuah kacang apabila sejuk. Jangan masukkan terlalu banyak, cukup sekadar dua keping.

3. Daging lembu mentah

Rasa manis daging menjadikan kuah kacang lebih enak dan berlemak. Lagi banyak daging yang anda masukkan, lagi bertambah sedaplah kuah kacang nasi himpit anda.

4. Gula perang

Nak jadikan kuah kacang nasi himpit lebih menarik warnanya, tambahkan gula perang atau gula merah untuk menaikkan lagi warna coklat dan gelap kuah kacang.

Kuah Kacang Nasi Himpit Lebih Sedap

Untuk resipi kuah kacang nasi himpit kali ini, apa kata anda tambahkan bahan rahsia di atas supaya kuah kacang nasi himpit anda jadi lebih sedap berbanding sebelumnya.

Anda ada resipi rahsia lain dalam menjadikan kuah kacang lagi sedap dan menarik selain daripada bahan di atas? Bolehlah kongsikan bersama kami di laman Facebook MakanLena.

Selamat mencuba!

Bane bila puasa.

Bila Bane Berpuasa

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.