Lebuhraya Pantai Barat (WCE) Bakal Dibuka Menjelang Aidilfitri

Februari lalu, Pengarah Urusan West Coast Expressway Sdn Bhd (WCESB), Datuk Neoh Soon Hiong mengumumkan tarikh jangkaan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE) dibuka kepada umum adalah sebelum menjelang tibanya Hari Raya Aidilfitri.

21 Mei lalu, pengendali Lebuhraya WCE memberitahu bahawa Jajaran Seksyen 8 yang membabitkan laluan Hutan Melintang-Teluk Intan telah mematuhi keperluan yang ditetapkan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Lebuhraya WCE Pantai Barat

Walaupun sudah boleh dibuka kepada umum, pihak mereka sedang menunggu proses pewartaan secara rasmi sekurang-kurangnya seminggu sebelum membolehkan kerajaan mengumumkan tarikh pembukaan rasmi dalam masa terdekat, kemungkinan pada 5 atau 6 Jun 2019.

Walaupun memperkenalkan lima pakej Persimpangan Lebuhraya WCE memberitahu hanya satu pakej yang akan dibuka sebelum akhir bulan ini. Sementara pakej lain masih belum boleh digunakan berikutan daripada kerja-kerja yang masih memerlukan penelitian supaya benar-benar selamat digunakan oleh pengguna.

Lebuhraya WCE Pantai Barat 1

Lebuhraya WCE melibatkan laluan sepanjang 223km dari Jalan Banting-KLIA (B18) ke persimpangan Tanjong Karang (93.8km) di Selangor dan dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Tol Plaza Changkat Jering (139.2km) di Perak. Tiga pakej di Perak meliputi Hutan Melintang ke Teluk Intan (19.1km), Lekir ke Changkat Chermin (28km) dan Changkat Chermin ke Beruas (16.6km).

Lebuhraya ini dikatakan mempunyai 21 buah persimpangan bertingkat bersama 20 plaza tol yang menghubungkan lebuhraya sedia ada seperti PLUS, SKVE, NKVE, NNKSB, LATAR dan KESAS demi memenuhi keperluan trafik di laluan utama.

Untuk lihat senarai persimpangan Lebuhraya WCE, bolehlah klik di sini.

Sumber: Berita Harian Online

Dengar kata sekarang ni Foldover Chicken ada promosi beli 1 percuma 1.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.