Selain daripada biskut Almond Nib, ramai akan menyediakan hidangan kuih raya biskut cornflakes madu. Ini kerana bahan dan cara penyediaannya lebih mudah jika dibandingkan dengan biskut-biskut lain.
Bahan-bahan:
*5 cawan Cornflakes
*1/4 cawan madu
*1/4 cawan mentega
*1 1/2 sudu besar gula kastor
Cara penyediaan:
1. Cairkan mentega di dalam periuk atas api yang kecil kemudian masukkan madu dan gula, kacau sebati.
2. Dalam mangkuk, ramas kasar cornflakes supaya senang dimasukkan ke dalam acuan kuih.
3. Tuangkan campuran butter yang dicairkan ke dalam mangkuk cornflakes, kacau sehingga conflakes disaluti dengan sempurna.
4. Sudukan ke dalam acuan kertas dan bakar selama 10-15 minit, dalam suhu 150 darjah celcius.
5. Simpan dalam bekas kedap udara.
Tip: Kalau mahu lebih cantik, hiaskan dengan ceri atau manik masakan.
Mudah kan? Disebabkan rasanya yang manis dan rangup, memang ramailah kanak-kanak yang mencari biskut ini tiap kali beraya ke rumah saudara dan rakan-rakan.
Selamat mencuba!
Sumber: iResipi
Tajam sungguh pisau Chef Burak ini.
7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.