Periuk kera sinonim sebagai tumbuhan karnivor dan antara spesis yang disenaraikan terancam di Malaysia. Belakangan ini, ia semakin popular dijadikan kelongsong untuk menyediakan lemang, makanan tradisional yang unik semasa menyambut Aidilfitri.
Di Sarawak, lemang periuk kera merupakan makanan tradisional masyarakat Bidayuh dan jika di Semenanjung, tidaklah asing bagi penduduk di Pantai Timur. Jika dahulu hanya orang kampung sahaja yang membuat lemang periuk kera dan kini telah banyak dikomersialkan seperti dijual semasa musim perayaan.

Namun, bagi mereka yang mempelajari dan mendalami bidang botani, berusaha memberi kesedaran kepada orang ramai tentang spesis terancam ini. Menurut hantaran Faziatun Nisa Yusof Basha bekas pelajar Zoologi di UKM, beliau terpanggil untuk memberi kesedaran kepada mereka tentang tumbuhan terancam itu.

Begitu juga dengan seorang peguam dan merupakan Pengerusi Persatuan Pencinta Alam cawangan Negeri Pahang, Jehan Bakar turut berkongsi dengan masyarakat mengenai periuk kera.
https://www.facebook.com/jehan.bakar/posts/10157012032315519
Sekarang tumbuhan ini popular kerana sering digunakan untuk membuat lemang periuk kera yang agak terkenal terutama di Pahang sperti di kawasan Chini dan Pekan. Boleh dikategorikan sebagai makanan yang eksklusif kerana bekalan periuk kera yang terhad. Orang akan menjualnya kira-kira RM10 untuk 4 hingga 5 cawan kecil beras pulut.
Tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa tumbuhan jenis nepenthes macrophylla ini telah tersenarai dalam IUCN sebagai spesis yang terancam. Pada masa akan datang, planet kita diramalkan bakal mengalami peningkatan suhu di antara 1 hingga 5 darjah celcius.
Banyak hidupan yang akan mengalami kesukaran untuk menghadapi fenomena cuaca ini. Tidak seperti haiwan yang mampu bergerak dan berhijrah ke tempat yang lebih dingin, spesis periuk kera ini tentunya akan kekal dikawasannya dan menjadi mangsa pemanasan global.
Bukanlah untuk menutup periuk nasi mereka yang berniaga lemang periuk kera, tetapi jika tiada permintaan, tiadalah pengeluarnya. Tepuk dada tanya selera, fikirlah mana yang terbaik demi alam sekitar kita untuk generasi akan datang.
Penginapan dekat dengan pulau-pulau yang cantik.
5 Pulau Pilihan Utama Pelancong Ke Phuket
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.