Semakin ramai orang membuat kuih raya daripada kulit popiah. Bukan hanya kerana rasanya sedap, malah bahan-bahan yang digunakan pun mudah didapati.
Baru-baru ini, tular resipi kuih popia ala-ala biskut jari jenama Pepero. Kalau anda peminat Pepero, pasti anda akan suka dengan rasa biskutnya yang rangup dengan pelbagai perisa menggunakan resipi ini.
Bahan-bahan:
*Kulit popiah
*Coklat masakan
*Oreo yang sudah dihancurkan
Cara penyediaan:
1. Gulung kulit popia dan lekatkan bahagian hujung dengan menggunakan air.
2. Goreng kulit popiah menggunakan minyak baharu sehingga keperangan.
3. Cairkan coklat masakan menggunakan kaedah double-boil. Bila sudah cair, celup separuh badan kulit popiah dalam larutan coklat.
4. Balutkan balutan coklat tadi dengan oreo yang sudah dihancurkan.
5. Tak perlu letak dalam peti sejuk, simpan kulit popiah dalam bekas yang bertutup rapat.
**Jika mahu balutkan dengan badam, pastikan badam disangai terlebih dahulu.
**Jika gunakan popiah bersaiz besar, boleh potong empat bahagian supaya popiah yang digulung tidak terlalu tebal.
**Gunakan kreativiti anda untuk variasi perasa kulit popiah.
Sumber: Adilah Bte Othman
Macam-macam kreativiti dia orang ini.
6 Menu Nasi Lemak Unik Di Malaysia
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.