Resipi Kuih Raya Shaun The Sheep Yang Comel Untuk Anak-Anak

Sempena dengan musim raya dah nak tiba, ramailah ibu-ibu mula menunjukkan kreativiti mereka dalam membentuk acuan kuih raya. Ada juga yang giat mencari resipi-resipi kuih raya yang menarik untuk anak-anak.

Seorang pengguna Facebook, Dyah Arifs telah berkongsi satu resipi kuih raya ciptaannya yang beliau gelar sebagai Kuih Shaun The Sheep.

Bahan-bahan:
*250 gram butter
*110 gram gula icing
*1 sudu teh esen vanila
*200 gram tepung ubi
*180 gram tepung gandum
*50 gram tepung jagung

Bahan hiasan:
*Bijan hitam (untuk mata)
*Chocolate chip (untuk telinga)

Cara penyediaan:

1. Campurkan butter dengan gula icing hingga rata dan tambahkan esen vanila.

2. Masukkan tepung ubi,tepung gandum dan tepung jagung gaul hingga sebati.

3. Panaskan oven, alas loyang dengan sedikit majerin, bulatkan doh dalam ukuran sedang, buat lagi bulatan-bulatan saiz kecil dan letakkan dua ketul bulatan di doh membentuk bulu dan tekan menggunakan lidi di bahagian tengah dan letakkan chocolate chip di sebelah kanan dan kiri. Yang terakhir, letakkan bijan hitam di tengah membentuk mata.

4. Bakar dengan suhu 170°C selama 20 minit atau suhu yang bersesuaian dengan oven masing-masing.

Kuih Raya Shaun The Sheep

Menarik kan? Dengan adunan comel sebegini, ibu-ibu yang ada anak kecil, bolehlah cuba buat untuk mereka. Pasti makan dengan senyuman.

Selamat mencuba!

Sumber: Dyah Arifs

Berseni betul coklat ciptaan Chef Amaury ini.

5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.