Jumaat lepas, rakyat Malaysia dikejutkan dekat berita pembunuhan pemandu Grab yang dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayatnya dibuang di kawasan semak berdekatan pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.
Hasil daripada siasatan polis bersama kerjasama Grab, pihak polis akhirnya berjaya mengesan dua orang penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab yang dipandu mangsa dan menahan mereka di kasan parkir 1 Borneo, Kota Kinabalu pada Isnin (27 Mei) malam.
Berikutan beberapa siri kejadian yang melibatkan pembunuhan pemandu Grab, Persatuan Pemandu Aplikasi Malaysia (PPAM) telah menggesa semua syarikat pengendali perkhidmatan e-panggilan untuk mengetatkan syarat pendaftaran penumpang dan menambah baik fungsi butang keselamatan dalam aplikasi.
Setiausaha PPAM berkata, penambahbaikan perlu dilakukan dengan kadar segera kerana pemandu-pemandu e-panggilan sedang berhadapan dengan risiko keselamatan yang tinggi. Sepatutnya kes pembunuhan pemandu Grab ini sepatutnya dijadikan sebagai pengajaran dan membuka mata pihak berkaitan berhubung dengan kelemahan sistem sedia ada.
Antara isu yang diutarakan ialah:
1. Pelanggan disyaratkan menggunakan nama sebenar, memaparkan wajah seperti yang disyaratkan oleh pemandu serta meletakkan nombor telefon yang masih aktif.
2. Fungsi butang kecemasan dalam aplikasi tidak membantu ketika kecemasan kerana pemandu tidak dihubungkan secara terus kepada pihak berkuasa. Pihak e-panggilan sepatutnya sentiasa memantau fungsi tersebut, supaya apabila pemandu menggunakan fungsi butang tersebut, pihak e-panggilan akan segera membuat panggilan kepada tetamu.
Dalam kenyataan Grab semalam (30 Mei), mereka memberi jaminan akan mengutamakan keselamatan pemandu dan penumpangnya dengan terus membangunkan penyelesaian teknologi, kesedaran komuniti dan program pendidikam.
Pelbagai peralatan seperti butang kecemasan dan ciri ‘berkongsi perjalanan saya’ telah memudahkan kedua-dua pihak berkongsi maklumat perjalanan dan lokasi GPS secara langsung selain daripada ciri pengesahan pengecaman dan pengesahan swafoto penumpang.
Sumber: Sinar Harian
Poyo sungguh Salt Bae.
13 Gaya ‘Poyo’ Salt Bae Dalam 3 Minit
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.