5 Tip Pilih Ketam Penuh Isi Dan Telur

Selalu orang beri tip pilih ikan, ayam dan udang segar sahaja, kan? Jarang dengar orang berkongsi mengenai cara memilih ketam yang segar dan penuh isi, kan?

Disebabkan harganya boleh tahan mahal (mengikut berat), pastilah kita semua mahukan ketam yang dibeli berpadanan dengan isi dan rasa segar ketam tersebut. Jadi bagaimana cara mahu pilih ketam yang segar, penuh isi dan telur?

Tip Pilih Ketam 4

1. Pastikan anda pilih ketam yang bertelur kerana biasanya ketam bertelur mempunyai isi banyak.

2. Beli ketam semasa bulan mengambang. Menurut pemburu ketam, semasa bulan mengambang isi ketam berada dalam keadaan padat dan penuh.

3. Pilih ketam betina kerana ketam betina lebih banyak isi jika dibandingkan dengan ketam jantan.

Cara nak tahu perbezaan ketam jantan dan betina?

Ketam bunga jantan : Berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan karapas (sepit) panjang

Ketam bunga betina : Berwarna coklat kehijauan dan mempunyai sepit yang lebih bulat

Tip Pilih Ketam 1

Tip Pilih Ketam

4. Lihat bawah badan ketam betina dan pilih yang mempunyai selonggok telur di bahagian tersebut.

Tip Pilih Ketam 3

5. Timbang menggunakan tangan bagi memilih isi yang padat dengan keberatan ketam.

Sumber: Rasa

Tak rugi makan di Beb Stoneoven, Kajang ni.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.