Dutch Lady Malaysia Rai Hari Susu Sedunia Bersama Murid Sekolah Rendah PPR KL

Bersempena dengan Hari Susu Sedunia 2019, Dutch Lady Milk Industries Berhad (Dutch Lady Malaysia) meraikan acara tersebut dengan mengagihkan sebanyak 720,000 pek susu kepada murid-murid sekolah rendah dari kawasan Projek perumahan Rakyat (Flat PPR).

Pembahagian yang melibatkan murid majoritinya berasal daripada keluarga di bawah garis kemiskinan adalah bertujuan untuk memperbaiki nutrisi mereka. Sambutan yang berlangsung di Sekolah Kebangsaan Seri Bonus, Kuala Lumpur dalam majlis berbuka puasa telah diagihkan oleh YB Tuan Nik Nazmi Nik Ahmad, Ahli Parlimen Setiawangsa.

Dalam sambutan itu, susu UHT Dutch Lady telah diagihkan kepada 3,000 orang murid-murid daripada sekolah rendah sekitar Kuala Lumpur sejak April tahun ini yang mana kuantiti susu diterima setiap murid adalah 240 pek dalam masa tiga tahun.

Pengagihan percuma selama tempoh masa tiga tahun itu didapati dapat mengatasi masalah kekurangan zat dan nutrisi yang sering berlaku dalam kalangan kanak-kanak daripada keluarga berpendapatan rendah.

Dutch Lady Malaysia Agih Susu

Projek ini merupakan hasil kolaborasi Kementerian Pendidikan Malaysia dan Dutch Lady Malaysia setelah melihat hasil Laporan Kanak-Kanak Miskin Bandar daripada UNICEF (Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu) pada Februari 2018 yang mendapati 22% kanak-kanak yang tinggal di Flat PPR berumur bawah lima tahun terbantut.

Manakala 15% mengalami masalah kurang berat badan, 20% kurang nutrisi dan 23% masalah obesiti. Hasil kajian daripada UNICEF turut mendedahkan bahawa 1/10 kanak-kanak hanya mampu untuk makan kurang daripada tiga kali sehari dan lebih 97% keluarga di Fkat PPR tidak mampu menyediakan makanan berkhasiat dan bernutrisi kepada anak-anak mereka akibat daripada kos sara hidup yang tinggi.

Dengan adanya inisiatif ini, masalah malnutrisi yang berlaku dalam kanak-kanak daripada golongan Flat PPR (bukan sahaja di Kuala Lumpur, tetapi Petaling Jaya dan Putrajaya juga) boleh dikurangkan, sekali gus menerapkan mesej kepada masyarakat betapa pentingnya tabiat pemakanan sihat untuk mereka kekal aktif.

“Tambahan pula, misi perancangan sekolah Dutch Lady Malaysia iaitu ‘Nourishing Malaysian Children’ adalah untuk membantu rakyat Malaysia, terutamanya kanak-kanak untuk hidup sihat dan ceria dengan nutrisi tenusu yang boleh dipercayai.” – En. Mahadevan Sivaramakrishnan, Pengarah Perancangan Sekolah dan Tujuan, Dutch Lady Milk Industries Berhad.

Dutch Lady Malaysia merupakan organisasi yang pertama menyumbangkan pek-pek susu penuh khasiat kepada kanak-kanak terutamanya mereka yang tinggal di Flat PPR dengan tempoh masa selama tiga tahun sejak dilancarkan pada tahun 2015.

Sehingga kini, penyertaan murid-murid dalam program ini adalah lebih daripada 350,000 orang di seluruh Malaysia dengan 25,000 ikrar murid-murid yang mahu mengamalkan gaya hidup lebih sihat.

Dutch Lady Malaysia turut pernah menjalinkan kerjasama bersama Kementerian Pendidikan Malaysia melalui kempen induk Sayangi Sekolahku dengan acara Drink.Move.BeStrong dan Anugerah 3K (Kesihatan, Keselamatan dan Kebersihan) bagi menggalakkan kanak-kanak untuk minum dua gelas susu sehari selain daripada memupuk tabiat meluangkan masa sekurangnya sejam untuk aktiviti riadah agar kekal aktif dan sihat.

Tak rugi makan di Beb Stoneoven, Kajang ni.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.