Kajian Dapati Harumanis Boleh Bantu Anda Jadi Lebih Langsing

Sinonim dengan negeri Perlis, buah harumanis digelar sebegitu kerana aroma harumnya dan rasanya yang manis. Buah harumanis hanya akan didapati sekitar April hingga awal Jun setiap tahun.

Disebabkan itu, harga buah harumanis lebih mahal jika dibandingkan dengan buah-buahan mangga jenis lain. Tapi tahukah anda, buah harumanis didapati mampu membantu anda menjadi langsing?

harumanis langsingkan tubuh 2

Jom baca perkongsian Dr. Zubaidi Hj. Ahmad yang dikongsi daripada Public Health Malaysia di laman Facebook beliau.

“Mangga mampu mengawal berta badan dengan menyekat perkembangan sel lemak sama seperti fungsi anti oksidan resveratol. Tapi bukan berharap pada buah mangga sahaja.”

harumanis langsingkan tubuh

 

Wah! Bukan itu sahaja, mangga kaya dengan vitamin A, vitamin C dan membantu dalam melancarkan pencernaan! Hebat sungguh ciptaan Tuhan!

harumanis langsingkan tubuh 1

Yang penting dalam hal ini adalah kesederhanaan seperti saranan Public Health Malaysia. Jangan terlampau teruja mahu kurus sampai makan mangga atau harumanis dalam kuantiti yang terlebih.

Nanti bukan bawa kebaikan, tapi bawa kemudaratan. Selamat beramal!

Sumber: Dr. Zubaidi Hj Ahmad

Tak rugi makan di Beb Stoneoven, Kajang ni.

Homemade Pizza @Beb Stoneoven, Kajang

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.