Tiba musim perayaan, hentian rehat dan rawat atau RnR akan dipenuhi dengan mereka yang berhenti seketika sebelum meneruskan perjalanan ke kampung halaman. Kadangkala, dek kerana terlalu teruja mahu pulang ke kampung, ramai yang terlepas pandang aspek keselamatan semasa di sini.
Dalam kesesakan orang inilah, ada individu yang gemar mengambil kesempatan untuk melakukan kerja-kerja ‘haram’ tanpa mengira kesusahan orang lain. Contohnya, memukau untuk mendapatkan ‘rezeki’ yang cepat.
Seorang lelaki, Tarmizi Sulaiman menceritakan detik-detik cemas beliau hampir dipukau dan adiknya pula hampir dilarikan semasa mereka sekeluarga berhenti di RnR Temerloh, Pahang.
Gagal cubaan memukau, kumpulan penjenayah itu cuba melakukan kekerasan dengan menarik pintu kereta yang didalamnya ada adik beliau. Nasib baiklah kunci pintu. kalau tak… Ngeri untuk dibayangkan.
https://www.facebook.com/FZRproduction/posts/596891980819979
Sebab itulah kita semua kena sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga apabila berhenti di RnR. Sentiasa pesan pada keluarga, jangan percayakan mereka yang kelihatan mencurigakan.
Jika tinggal atau menanti di dalam kereta, sentiasa beringat untuk kunci pintu kereta. Dan sekiranya berlaku kecemasan, tekan hon kereta dengan kuat supaya dapat menarik perhatian orang sekeliling.
Selamat pulang ke kampung dengan selamat. Semoga kita dijauhkan daripada perkara-perkara yang tidak elok.
Sumber: Tarmizi Sulaiman
Nak dekat raya, ramailah cef yang berperang di dapur.
7 Masakan Unik Berasaskan Daging Chef Burak
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.