Perkara yang membimbangkan bagi mereka yang sukar untuk mengurangkan berat badan adalah ketika menjamu selera juadah hari raya.
Yalah, siapa yang mampu menolak juadah hari raya yang jarang dimakan atau setahun sekali sahaja dapat merasa kan?
Tambahan pula kita berpuasa sebulan. Pastilah bermacam jenis makanan yang kita sudah idamkan untuk dijamah di pagi raya.
Tepuk dada tanya selera. Yang manakah patut kita utamakan, kesihatan atau keinginan?
Jadi, di pagi raya anda perlu kawal dalam pengambilan makanan. Jom ikuti tips diet ini. Mana tahu berkesan?
1. Ambil masa melihat makanan sebelum memilih untuk dimakan
Cuba ambil masa beberapa saat untuk melihat semua makanan sebelum membuat keputusan untuk memilih makanan yang anda ingin makan.
Cara ini boleh membantu anda untuk mengambil jumlah setiap makanan yang anda inginkan secara terkawal.
Perlu ingat, jumlah makanan yang diambil itu kenalah berpada-pada.
2. Tidak lupa minum air secukupnya
Dalam keghairahan untuk mencuba semua jenis hidangan hari raya yang tersedia, anda dinasihatkan untuk tidak lupa minum air dengan cukup dan mengambil makanan yang kaya dengan fiber.
Kenapa perlu ambil makanan kaya dengang fiber? Ini adalah untuk mengelakkan anda mengalami masalah sembelit semasa hari raya.
3. Kurangkan makanan manis dan berlemak
Semua sedia maklum, hidangan di hari raya ini kebanyakannya terdiri dari makanan yang manis, berlemak, dan tidak kurang juga mengandungi kandungan garam yang tinggi.
Bukanlah mahu melarang anda tidak sentuh langsung makanan seperti ini, cuma perlu kurangkan.
Begitu juga dengan minuman bikarbonat kerana minuman seperti ini kandungan gula sangat tinggi.
4. Jangan lupa lebihkan buah dan sayur
Untuk makan tengahari dan makan malam, pasti kebanyakan daripada kita yang mungkin sudah terlalu kenyang dengan ketupat dan lemang serta hidangan hari raya yang lain.
Namun, sekiranya anda berjaya mengawal pemakanan anda pada hari tersebut, anda bolehlah menambah pengambilan sayur-sayuran dan buah-buahan segar.
Memang sukar kita nak jumpa tuan rumah menghidang buah-buahan, boleh sahaja anda pergi ke pasar membelinya.
Atau pun anda mulakan dahulu dengan menghidang para tetamu buah-buahan.
Sayur-sayuran dan buah-buahan ini sangat penting untuk membantu penghadaman makanan yang anda ambil sepanjang hari tersebut.
Apa yang penting, jangan ikut sangat nafsu apabila menjamu selera. Fikirkan mengenai kesihatan anda.
Sumber: FMT