Visa merupakan satu dokumen penting yang dikeluarkan oleh sesebuah negara sebagai keizinan kepada pelawat untuk masuk ke dalam negara tersebut dalam tempoh waktu dengan tujuan tertentu.
Untuk memohon visa, seseorang itu perlulah melawat laman web kedutaan atau memohon di kedutaan yang terlibat. Sekiranya mahu selamat, urusan visa perjalanan anda perlulah disiapkan dengan lebih awal.
Baru-baru ini, kerajaan Amerika Syarikat telah menetapkan sesiapa yang mahu melawat negara mereka perlulah menyertakan sekali butiran akaun media sosial dan nombor telefon sekurang-kurangnya yang akan digunakan dalam tempoh masa lima tahun.
Nearly all applicants for US visas will have to submit their social media details under newly adopted rules.
The State Department regulations say people will have to submit social media names and five years' worth of email addresses and phone numbers.https://t.co/2mtkMewArs
— PEN America (@PENamerica) June 1, 2019
Langkah ini dibuat dengan matlamat mahu menjaga keselamatan rakyat Amerika Syarikat selain daripada menyokong lawatan yang sah ke sana. Jika ada diantara pemohon yang dapati menipu mengenai butiran diberikan, kemungkinan besar mereka akan dikenakan tindakan yang seius.
Jadi, untuk anda yang ada perancangan ke Amerika Syarikat, kenalah sediakan butiran media sosial anda siap-siap ya.
Sumber: BBC
Terliur pula tengok mereka makan.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.