Tiba Hari Raya, amalan ziarah-menziarahi memang menjadi amalan dalam kalangan umat Islam sebagai tanda merapatkan silaturahim sesama insan. Tidak lari daripada amalan ini ialah, perbuatan menjamu tetamu.
Sebagai tuan rumah atau tetamu, masing-masing perlu tahu adab yang mesti dipatuhi supaya kedatangan atau layanan kita disenangi. Bukan adab semasa memesrai tetamu atau tuan rumah sahaja dipatuhi, tetapi adab makan juga perlu kita sebagai tetamu ambil tahu.
Antaranya:
1. Mengucapkan terima kasih kepada tuan rumah di atas hidangan yang disediakan.
2. Menjamah sedikit (jangan terlalu sedikit atau pun keterlaluan) makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah.
3. Bersyukur dan tidak merungut tentang apa yang tuan rumah hidangkan.
4. Mencuci tangan sebelum memegang makanan.
5. Menggunakan tangan kanan untuk mengambil makanan.
6. Ambil makanan yang berhampiran, jika jarak jauh minta bantuan orang berdekatan.
7. Makan dengan tertib; tidak sepahkan makanan, membuat bunyi, gelojoh atau pun berdiri semasa makan.
8. Meminta izin sebelum menjamah makanan, jangan makan selagi belum dijemput.
Mudah kan menjaga adab makan ketika berkunjung menziarahi semasa di Aidilfitri ini? Tak kiralah, rumah yang anda ziarahi itu teman rapat, saudara atau orang yang baharu dikenali, kenalah sentiasa menjaga adab.
Bukan apa, supaya mereka senang lagi menjemput anda kembali ke rumah mereka. Dan pastinya juga anda suka bila tetamu menjaga adab semasa berkunjung ke rumah anda bukan?
Selamat menyambut hari raya! Jangan lupa untuk pohon kemaafan ya!
Terliur pula tengok mereka makan.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.