Seorang remaja perempuan di China berusia 14 tahun terpaksa dimasukkan ke hospital selepas menahan kesakitan disebabkan sembelit, sakit dan bengkak pada perut selama beberapa hari.
Laporan X-ray mendapati ratusan objek berbentuk bulat bersaiz kecil memenuhi organ badannya daripada kawasan perut kepada usus dan duburnya. Berdasarkan tabiat pemakanan remaja tersebut, doktor membuat rumusan objek tersebut adalah biji hitam yang selalu didapati dalam teh boba.
Kumpulan bijian tersebut berpunca daripada ketidakhadaman makanan tersebut yang diambil secara kerap dalam tempoh masa tertentu. Walaubagaimana pun, ianya masih belum jelas.
Ada diantara pengeluar biji pearl teh boba yang menambah pengawet dan pemekat makanan padanya bagi menjadikannya lebih kenyal, namun boleh menyebabkan ‘kecederaan’ pada fungsi organ gastrousus badan.
Pada tahun 2015, stesen TV Shandong mendedahkan ada sesetengah penjual menggunakan biji pearl palsu yang dihasilkan daripada tapak kasut kulit dan tayar lama.
BACA: Resipi ‘Bubble Homemade’ Halal Dan Sedap
Bahaya benar jika di sana, semuanya mahu dipalsukan demi untuk mengurangkan kos pembuatan. Harapnya di Malaysia penjual kita gunakan pearl boba yang mereka hasilkan sendirilah. Kalau tidak…
Sumber: 9GAG
Terliur pula tengok mereka makan.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.