Mula menyanyi di laman MySpace, Yunalis Zarai atau lebih dikenali sebagai Yuna merupakan seorang penulis lagu dan penyanyi yang sudah menempa nama pada peringkat global.
Mengimbas kembali memori bagaimana beliau mampu berkolaborasi bersama Tyler The Creator, seorang penyanyi rap Amerika Syarikat terkenal dalam satu video yang dimuat naik di laman YouTubenya, Yuna berkata semuanya tidak mustahil sekiranya seseorang itu terus berusaha.
Lagu Castaway menceritakan perjalanan dan kisah di sebalik kejayaannya untuk menempa nama sebagai artis dalam industri Amerika Syarikat dan beliau hanya mahukan Tyler untuk berkolaborasi bersamanya.
Pada awalnya, Yuna memberitahu beliau cuba menghubungi Tyler dan nyatakan hasratnya. Namun ianya bukan sesuatu yang mudah; tidak berjaya mungkin kerana Tyler sibuk dengan projeknya yang lain.
Tanpa sangka pertemuan dengan Tyler di tepi jalan dengan situasi yang mana Tyler sedang memakan aiskrim berjaya menunaikan impiannya untuk berkolaborasi bersama penyanyi rap tersebut.
Bakal mengeluarkan album terbaharu, Rougue yang memiliki 11 buah lagu, salah satunya diberi tajuk Castaway; kali ini menampilkan gandingan hebat Yuna bersama Tyler akan dikeluarkan pada 12 Julai ini.
Terliur pula tengok mereka makan.
Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.