Malaysia Mungkin Ikut Brunei Asingkan White Rabbit Dari Rak Barangan Halal

Gula-gula jenama White Rabbit yang popular dari China diselar berikutan daripada kajian yang mendapati wujudnya penambahan bahan tidak halal iaitu protein babi didalamnya.

BACA: Gula-Gula Susu Nostalgia Jenama White Rabbit Positif Gelatin Babi

Susulan dengan itu, kerajaan Brunei mengambil tindakan dengan mengeluarkan gula-gula tersebut daripada rak barangan halal dan meletakkannya di kawasan tidak halal. Penemuan tersebut bukan sahaja mengejutkan, malah menjadikan kita lebih berwaspada dalam aspek pemakanan halal.

Selepas tindakan daripada kerajaan Brunei, kini Malaysia berkemungkinan akan mengikut jejak langkah negara tersebut bermula dengan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) yang akan melakukan ujian kepada gula-gula White Rabbit yang masuk ke Malaysia.

White Rabbit Positif Gelatin Babi 1

Menteri yang terlibat dalam hal ehwal Islam, Abdul Rahman berkata jenama gula-gula tersebut memang tidak memegang logo halal dan ianya akan terus berada di rak sehinggalah keputusan ujian keluar.

Ada juga beberapa syarikat aiskrim di Brunei yang menjadikan perasa gula-gula White Candy sebagai salah satu produk mereka, antaranya Project Ice Cream dan Rumah Gelato. Kedua-duanya telah menyahkan produk tersebut daripada jualan mereka sebagai salah satu usaha ‘better safe than sorry’ kepada pelanggan Muslim mereka.

Jika hasil ujian sama dijumpai di Malaysia, berkemungkinan besar syarikat aiskrim Malaysia yang mempunyai produk aiskrim jenama gula-gula ini akan melakukan hal yang sama seperti di Brunei.

Apa-apa pun, kita doakan yang terbaik sahajalah.

Sumber: Food Navigator

Terliur pula tengok mereka makan.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.