SS15 Jadi Lubuk Sampah Cawan Plastik Teh Boba

Dikenali sebagai Jalan Teh Boba, SS15 menjadi kawasan yang menerima banyak kunjungan daripada penggemar minuman tersebut kerana di sana anda boleh dapati lebih daripada 10 buah kedai yang menjualnya.

Dengan munculnya deretan kedai tersebut, alam menjadi natijahnya kerana kawasan tersebut dipenuhi dengan lambakan sampah cawan plastik yang dibuang. Perkara ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook, Christine Chen di group Facebook Zero Waste Malaysia.

Teh Boba ss15 1

Daripada pemerhatian di internet, sebuah kedai teh boba mampu menjual paling kurang 300 cawan sehari dan mampu mencapai 2,000 cawan sehari jika ianya mempunyai jenama. Bayangkan berapa banyak cawan plastik yang penjual hasilkan sehari demi memenuhi permintaan pelanggan.

Bagaimana mahu kurangkan sisa buangan yang mengambil masa yang lama untuk dilupuskan ini?

1. Gunakan straw yang boleh dikitar semula.

Sama ada ianya daripada kertas, atau besi dan kayu yang boleh diguna pakai banyak kali, sekurangnya ianya membawa sedikit manfaat kepada alam.

2. Bawa bekas minuman anda sendiri.

Nampak pelik bukan? Tapi apa salahnya mencuba. Seorang pengguna Facebook, Carol Cooky Ng telah menjalankan eksperimen dengan membawa sendiri bekas minumannya semasa membeli teh boba. Bukan beliau sahaja, ada beberapa individu lain yang turut melakukan hal yang sama.

Teh Boba ss15 4

Teh Boba ss15 3

Teh Boba ss15 2

Apa kata selepas ini kita cuba kurangkan sisa buangan dalam kehidupan seharian? Didik diri, rakan-rakan, keluarga dan masyarakat mengenai hal ini. Jom sama-sama kita sayangi alam.

Terliur pula tengok mereka makan.

Review McDonald’s Chicken Foldover & Nasi McD [#MLTapao – MakanLena]

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.