Wanita Hilang Semua Jari Kaki Selepas Jalani Terapi Ikan Di Thailand

Jika ke Thailand, tidak sah jika tidak mencuba terapi ikan yang ditawarkan di kawasan tepi-tepi jalan atau pun di dalam kawasan pusat beli belah di sana.

Disebabkan terapi ikan ini dikatakan bagus kerana dapat membuang serta membersihkan kulit daripada daki atau kulit-kulit sel mati pada kaki termasuklah menyembuhkan penyakit eczema, ramai yang mencubanya.

Terapi Ikan Thailand 3

Namun ramai yang tidak sedar bahawa terapi ikan yang ditawarkan ini berbahaya. Antaranya boleh menyebabkan kuku kaki patah, jangkitan bakteria dan lain-lain.

Seorang wanita dari Perth, Australia, Victoria Curthoys terpaksa ‘reda’ apabila jari kaki kanannya terpaksa dibuang selepas dijangkiti bakteria yang ada pada ikan tersebut.

Victoria pada tahun 2006 pernah menjalani pembedahan jangkitan pada tulang jarinya selepas terpijak pecahan gelas dan sudah disahkan sembuh sepenuhnya.

Pada tahun 2010, Victoria melancong ke Thailand dan memilih untuk melakukan terapi ikan di sana. Namun tanki terapi ikan yang beliau gunakan itu sudah dicemari dengan penyakit bawaan air dan menyebabkan kesan kepada pembedahannya empat tahun lalu.

Terapi Ikan Thailand 2

Setelah pulang ke Australia, beliau mula menderita demam secara berpanjangan dan beberapa penyakit lain serta tidak boleh meletakkan tekanan pada kakinya.

Selepas setahun menjalani ujian kesihatan, doktor mengesahkan beliau menghadapi osteomyelitis – penyakit serius yang termasuk dalam jangkitan pada tulang dan jarang dijumpai.

Dua tahun kemudian, ibu jari Victoria di kaki kanannya terpaksa dibuang kerana sudah dijangkiti bakteria. Walau bagaimanapun ianya tetap tidak habis di situ.

Terapi Ikan Thailand

Doktor kemudian memberitahu bahawa kesemua jari kaki kanannya terpaksa dibuang yang mana ianya telah memakan masa selama lima tahun; jari kakinya yang terakhir dibuang pada November 2017.

Terapi Ikan Thailand 1

Mengakui sudah lebih sihat daripada sebelum ini, Victoria telah memuat naik kisahnya di laman Instagramnya supada dapat meningkat tahap keyakinannya serta membantu orang lain untuk lebih positif dengan kaki mereka.

Untuk anda yang mahu ke Thailand dan bercadang mahu melakukan terapi ikan, berhati-hatilah. Jangan sangka air yang digunakan nampak bersih, ternyata bersih.

Sumber: Newsweek

Salah satu restoran wajib kunjung.

<span style="color: #27aae1;"SeoulNami Korean BBQ, The Gardens Mall – #CubaRasa MakanLena

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.