Mi kuning NuMee Gardenia atau lebih dikenali sebagai NuMee telah menganjurkan Program Pemakanan Sihat Bersama NuMee 2019 di SK Bukit Jelutong, Selangor semalam.
Program yang diadakan dengan sokongan Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia itu bertujuan untuk mendedahkan kepentingan penyediaan hidangan berkhasiat dan seimbang kepada warga sekolah terutamanya murid-murid.
Menggunakan produk NuMee yang ditaja sebanyak 20,400 pek oleh pihak Numee dalam tempoh masa tiga bulan bermula Julai sehingga September pada tahun ini membawa kepada jumlah hidangan sihat yang terhidang adalah sebanyak 122,400.
Selain SK Bukit Jelutong (Zon Tengah), program sihat ini terlebih dahulu telah dianjurkan di beberapa buah sekolah antaranya SK Rhu Rendang, Marang, Terengganu (Zon Timur), SM Sains Muar (Zon Selatan) dan Jabatan Pendidikan Negeri, Alor Setar, Kedah (Zon Utara).
Majlis yang turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan, YB Teo Nie Ching, Pengerusi Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd., Dato’ Mohammad Zainal Shaari dan pengurusan tertinggi dari Kementerian Pendidikan Malaysia dan Kementerian Kesihatan Malaysia bukan hanya menyediakan khidmat taklimat tetapi juga melakukan demonstrasi penyediaan makanan sihat oleh cef profesional dan penulis buku, Marina Mustafa.
Teo Nie Ching memberitahu, impak sektor pendidikan dan industri penjagaan kesihatan adalah sangat besar terhadap pertumbuhan ekonomi terutamanya kepada negara membangun seperti Malaysia dan pembangunan modal insan sebenarnya sudah boleh dicapai dengan cemerlang sekiranya tahap kesihatan golongan muda Malaysia sentiasa dijaga.
Jika anda belum lagi mencuba produk mi daripada NuMee Gardenia ini bolehlah dapatkannya di kedai runcit dan pasar raya di seluruh Semenanjung Malaysia. Untuk lihat perkembangan terkini, boleh layari laman rasmi NuMee Gardenia seperti di bawah:
Facebook: NuMee Gardenia
Instagram: NuMee Gardenia
Laman web: NuMee Gardenia
Syoknya Tadom Hills.
MakanLena: Tadom Hills, Banting
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.