Komen Lucah Netizen Korea Selatan Punca Baskin Robbins Dikecam Papar Imej Seksual Pada Model Kanak-Kanak

Tiga hari lalu, kecoh di laman media sosial bahawa iklan Baskin Robbins di Korea yang menampilkan model kanak-kanak Amerika berusia 11 tahun iaitu Ella Gross seakan mempromosikan imej seksual.

Lihat video di SINI.

Iklan yang dikecam ramai netizen di Korea Selatan itu kemudiannya ‘diturunkan’ daripada laman promosi Baskin Robbins dan pihak Baskin Robbins berjanji akan menggantikannya dengan iklan yang lain.

1. Solekan dan pakaian

Solekan wajah dan pakaian yang dipakai Ella yang dikenali juga kerana riak wajahnya seiras Jennie BlackPink itu memperlihatkan dirinya seperti lebih berusia. Sedangkan yang beliau pakai cuma dress tanpa lengan berwarna merah jambu.

Jika dilihat pada solekan pula… Ramai sahaja kanak-kanak yang mengenakan solekan tebal. Rasanya solekan Ella tidaklah tebal pun. Masih lagi terlihat natural. Atau mungkin wajah beliau memang terlihat matang daripada usia?

2. Aksi

Ada netizen Korea Selatan yang mencemuh bahawa aksi Ella terlihat sedikit seksual dan provokatif. Jika lihat pada riak muka Ella, hanya terlihat riak muka beliau menikmati rasa ‘letupan’ buah strawberi sahaja.

Tak tahulah kalau mereka yang berotak kuning berfikir dan memandang aksi itu dari sudut yang lain. *julingkan mata ke atas*

Kununnya mereka yang mengkritik Baskin Robbins itu bertujuan mahu melindungi Ella. Tapi apa kata keluarga Ella sendiri?

https://www.instagram.com/p/BzZk_Y4hYSx/

“Untuk mereka yang ‘bersatu’ mengecam Baskin Robbins dengan tujuan mahu melindungi Ella, tak perlu berbuat demikian kerana beliau dikelilingi oleh ramai wanita kuat dan berkuasa.”

Negara Korea Selatan sebenarnya memang terkenal dengan sisi gelap mereka iaitu dunia pornografi. Mac lalu, dunia gempar apabila ribuan pelanggan di hotel Korea Selatan menjadi mangsa rakaman live dan rakaman tersebut dijual ke laman pornografi berbayar.

Mungkin netizen Korea Selatan cuba melindungi Ella setelah melihat banyaknya lelaki Korea yang berotak kuning dan gersang meninggalkan komen setelah melihat video itu. Antaranya:

Iklan Baskin Robbins Korea Selatan 2

 

Iklan Baskin Robbins Korea Selatan 3

Daripada komen-komen di atas sudah kita dapat nilai sendiri siapa yang salah dalam hal ini, kan? Tepuk dada, tanya kuning ke tidak otak anda.

Hebat betul Cef Amaury punya seni coklat.

<span style="color: #27aae1;"5 Karya Seni Pastri Coklat Chef Amaury

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.