Pengguna e-panggilan berkemungkinan besar akan berdepan dengan masalah menunggu lebih lama dan dicaj dengan tambang yang lebih mahal selepas berlakunya pengurangan bilangan pemandu yang disebabkan oleh penguatkuasaan pelaksanaan lesen PSV (Public Service Vehicle) bermula 12 Julai ini.
Daripada 165,000 orang pemandu e-panggilan di Malaysia, hanya 16,000 orang sahaja yang mendaftar untuk ujian PSV dan daripada jumlah itu hanya 10,151 orang sahaja yang berjaya melepasinya.
Pengasas aplikasi e-panggilan MyCar, Mohd Noah berkata dengan pengurangan jumlah pemandu, sudah pastilah permintaan daripada pengguna akan meningkat. Secara tidak langsung, akan berlaku perubahan pada harga tambang.

Berapa banyak peningkatan nilai tambang hanya dapat ditentukan setelah jumlah kesemua pemandu dapat dikenal pasti. MyCar kini dalam proses memujuk pemandu teksi untuk bersama mereka sebagai alternatif menambah masalah kekurangan pemandu.
Walau bagaimanapun, menurut pengasas JomRides, Musfaizal Mustafa, ini tidak akan berlaku pada pengguna e-panggilan JomRides kerana tambang aplikasi dikira dengan melihat kepada jarak dan keadaan trafik jalan raya.
Dengan keadaan sekarang, pihak pengurusan e-panggilan sentiasa mengharapkan agar situasi ini dapat difahami oleh pengguna sementara mereka mengubah suai harga mengikut aturan undang-undang yang sebenarnya.
Sumber: The Malaysia Insight
Arab kalau bab makan memang juara.
dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.