Grab Uji Perkhidmatan Bayaran Cara Hutang; ‘Guna Dahulu Bayar Kemudian’

Dalam satu aplikasi, Grab menawarkan pelbagai perkhidmatan, antaranya e-panggilan, penghantaran makanan, diskaun baucar makanan dan sebagainya.

Pada kebiasannya, Grab akan meminta pengguna untuk membayar terlebih dahulu sebelum perkhidmatan yang diminta itu selesai dengan menggunakan GrabPay atau pun tunai.

Namun di Singapura, pihak Grab telah menguji satu ciri baharu iaitu PayLater yang bersifat pascabayar; membolehkan pengguna ‘berhutang’ dan membayarnya kemudian di hujung bulan.

GrabClub pas bulanan
Sumber: FintechNews Malaysia

Pengguna di Singapura boleh mengaktifkan ciri ini dengan beberapa syarat, seperti limitasi penggunaan dalam sesuatu tempoh bulan untuk melakukan pelbagai tempahan dan menerima kenyataan penggunaan pada hujung bulan.

Untuk masa sekarang, pihak Grab tidak lagi mengumumkan sama ada ciri ini akan diaktifkan juga ke negara lain atau tidak.

Agak-agak kalau lancar di Malaysia, pihak Grab perlu upah pengutip hutang tak? Iyalah, rakyat Malaysia kan suka berhutang tapi tidak bayar dengan alasan terlupa (atau sengaja buat lupa?).

Sumber: Grab

Menginap di Laguna Redang Island Resort memang rasa percutian pantai 5 bintang.

Percutian Eksklusif Di Laguna Redang Island Resort, Terengganu

dan jangan lupa subscribe Youtube MakanLena.